Thursday, September 25, 2008

Singkatnya Ramadhan



Singkatnya Ramadhan
(Dan panjangnya lagi pencarian taQwa...)

Singkatnya Ramadhan ini
Sesingkat Malam pengantin
Belum reda ghairahku
ketika kokok ayam bergema...

Singkatnya Ramadhan ini,
Sesingkat Bermalam diMina
Dingin hawa belum sebati dalam diri
Dan aku belum benar benar di uji....


Singkatnya Ramadhan ini
Sesingkat Terawih bersama Syeik AsSudais
Hinggakan belum terasa kemas qiam ku
Belum mesra sujudku
Belum bermula pengabdianku

Singkatnya Ramadhan
dan Panjangnya lagi pencarian TaQwa
Atas yang apa terdaya usaha ku..
Bakinya ku sandarkan padaMU



Ramadhan 26 : 1429H

Dua kaki Untuk Paklah......



Ramadhan ke 26 ini aku ingin meletakkan kedua penumbuk dan tapak kaki aku tepat kemuka DrM, Pak Lah dan sesiapa sahaja yang masih percaya kebaikan ISA serta menyumbang ke arah pelaksanaan akta ISA.

Aku seorang ayah terharu dengan kisah anak ini. Aku percaya Satu hari anak ini kan dewasa dengan kebencian yang lebih mendalam kepada semua penguasa dan pemerintah yang zalim.

Hari ini dan saat ini kamu sedang bertelagah sesama kamu. Ianya hanyalah satu permulaan era kesengsaraan bagi puak2 kamu dan banyak lagi akan bakal menyusul....

Selamat Hari Rayalah jugak untuk semua penguasa dan pemerintah yang zalim ini..Semoga diHari Raya kelak kesan tapak2 kaki aku masih melekat dimuka Kalian...Golongan Haprak Negara.

Monday, September 22, 2008

Lailatul Qadr yg Shahdu

Melalui Hari ke 23 Ramadhan sudah., Surveyla..ramai orang lebih berilmu tentang bilanya jangkaan malam lailatul Qadr berbanding pengisiannya . Aku pun begitu, mana mana tazkirah, ustaz sibuk cerita bilanya bukan apanya nak dibuat...entahlah. Malu teramat rasanya di usia sebegini masih mencari cari dan memilih milih malam untuk mendekatkan diri dengan Allah. Cukuplah panduan dari Nabi , ianya pada malam ganjil dan keutamaan pada 10 yang terakhir, selainnya aku mahukan ilmu untuk mengisinya.

Apa yang aku rasakan perlu adalah, Mengerjakan solat Isyak dan subuh berjemaah disamping sunat sunat dan tadarus ( sekarang mula bertadabur pula) serta doa.

Dan apa yang aku inginkan pula adalah merasa ketenangan Al-Qadr- kesyahduan yang mana bila berdoa dan sujud aku lebih dekat dengan Allah dan air mata ku pun berguguran mengiringi gugurnya dosa2 aku yang lampau dan yang akan datang.

Aku tak terfikir pun untuk melihat pokok sujud dan benda pelik pelik kerana aku percaya tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu yang pelik untuk menemui malam Lailatul Qadr

Apapun , Vocal Syeik Abd Rahman AsSudais ini cukup menggetarkan hati aku.semakin nyaring semakin shahdu rasanya...