Thursday, February 5, 2009

Bidadara : Dongeng Wanita Melayu








1.Bidadari adalah pasangan/ teman yg mesra dan setia (yang bukan berstatus isteri) bagi Penghuni lelaki di syurga. Hampir tidak pernah terdengar adanya mereka yang menyanggah keujudan bidadari, ini mungkin kerana kesemua lelaki berkeinginan kepada bidadari dan bagi wanita pula tidak perlu sangat memikirkan tentang bidadari kerana mereka bukan majority di Syurga nanti..
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda,"Syurga pemah diperlihatkan kepadaku. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah orang-orang fakir (miskin). Kemudian neraka diperlihatkan kepadaku. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah kaum wanita." "
2. Manusia Melayu kemudiannya menceritakan pula perihal Bidadara : Lelaki lelaki untuk mereka di Syurga kelak. Sebenarnya tidak ada istilah bidadari lelaki melainkan ianya adalah dongengan wanita melayu. Yang nyata adalah Allah menciptakan 1 pasangan /teman untuk wanita yang tidak berteman di Syurga Kelak. Bukannya "beberapa Lelaki kerana ianya menyalahi fitrah wanita itu sendiri.
3. Dalam Surah Al Waqiah, Bidadari diceritakan detail sehingga menerangkan yang mereka tidak mengalami proses seperti manusia iaini kelahiran , bayi dsb. Bidadari adalah khabar gembira /Nazieran dari Allah untuk mereka2 yang bertaqwa.

Konflik bidadari dan Isteri :
Selamanya wanita akan cemburu dan diSyurga wallahualam: kerna diberitakan wanita2 tidak akan dapat melihat bidadari. Bidadari hanya untuk pandangan dan keseronokan lelaki penghuni Syurga dan keseronokan wanita pula adalah dengan perhiasan perhisan canggih diSyurga.
Allah bakal menjadikan Para isteri terlalu sibuk dengan perhiasan DiSyurga tatkala Sisuami bersama sama bidadari Syurga.
Ermm Didunia pun seakan begitu, Sediakan wanita dengan perhiasan dan kecukupan dunia :
kemudian madukanlah mereka : Mungkin ada bantahan tetapi tidak sehebat bantahan dari wanita2 yang tak berkecukupan.