Maulidul Rasul sebenarnya menyedarkan aku untuk menghadkan kasih sayang sesama manusia
Aku tak mahu lagi mengasihi isteri dan anak anak 100% ( Aku sudah tiada beribu dan berbapa) - Aku kena menghadkannya : bermula hari ini dan seterusnya, adalah hari menghadkan kaseh sayang terhadap sesama manusia sekalipun isteri dan anak anak- Bukan lagi 100%
Selainnya jangan pulak mengasehi aku 100% - Larangan keras.
Yang layak dikasehi 100% hanyalah Allah dan Rasullullah SAW. Dan pulak kaseh sayang terhadap Nabi berpaksikan 2 - al-mahabbah (100% cinta) dan al-ittiba' (100% ikut)
- Sabda Nabi "Tidak (sempurna) iman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
- Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Demi yang diriku ditangan-Nya, tidak beriman (sempurna iman) dikalangan kamu sehingga Aku lebih dicintainya melebihi ayah dan anaknya" (Riwayat al-Bukhari )
- Dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Tidak beriman dikalangan kamu sehinggalah aku lebih dicintainya melebihi ayahnya, anaknya dan manusia sekeliannya" (Riwayat al-Bukhari)
- Daripada Anas bahawa Nabi saw bersabda: "Tiga perkara yang sesiapa memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya melebihi yang lain..." (Riwayat al-Bukhari )
- "Katakanlah (wahai Muhammad): "JIka bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq". (Al-Taubah: 24)