
Syukur bukan sekadar perkataan, ianya adalah gabungan lidah, hati dan perlakuan dalam kehidupan.Amat sukar untuk memahami syukur apalagi untuk melaksanakannya. Syukur serta Sabar dalam kitab2 tasauf selalu benar digandingkan.
Sabda Nabi "orang yang dapat menjamah makanan lalu bersyukur sama tarafnya dengan mereka yang berpuasa lalu bersabar"
Adilnya Allah , Orang kaya dan miskin mampu beroleh pahala yang sama dengan amalan yang berbeza.
Dari Syaidina Ali ;"Syukur Nikmat bererti tidak mengingkari Nikmat Allah dengan kurnia yang diberi atau menjadikan Kurnia yang Allah beri sebagai sumber untuk kemungkaran"
Firman Allah pula" Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka). -AnNisa' -Q04:147Dari Hadis Hassan Rwyt Abu Daud :"Sekiranya umatku diberi Dunia dan seisinya dan kemudian dia mengucap Alhamdulillah ,maka ungkapan Alhamdulillah itu lebih utama dari Dunia dan seisinya"Lagi : " Orang yang pertama dijemput keSyurga adalah orang2 yang suka memuji Allah dalam semua perkara".
Ulamak mengklasifkasikan tanda2 beriman itu ada 4 :
1. Besifat Taqwa
2. Bersifat Malu
1. Besifat Taqwa
2. Bersifat Malu
3.Bersyukur dengan Nikmat
4.Sabar
Ulamak kemudian menggariskan ada 4 Kaedah untuk mencapai Tahap Syukur :
1.Melakukan zakat hati iaini dengan bertaubat dan beristigfar
2.Melakukan zakat Badan iaini dengan bermujahadah melakukan yang wajib dan menyanggah yang haram
3. Zakat Harta
4. Sentiasa Merasakan sekiranya kita mati , akan lebih hampir keNeraka Allah. ( Muhazabah diri)
Wallahua'lam : Ya Rabb.. Aku mahu kekal berSyukur. Syukur sepanjang penghidupan du dunia dan disyurga .
Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). Alwaqiah -Q056:74