Sunday, May 10, 2009

Selamat HAri Ibu wahai AlQomah

Selamat hari ibu wahai Alqomah
Sekiranya kamu masih hidup,aku percaya kamu akan meraikan hari ibu sepanjang tahun dan sepanjang hayat , bukannya pada Mei ini sahaja

Selamat hari ibu wahai AlQomah
Kamu telah memberi pelajaran yang banyak untuk kaum laki laki yang bernama suami dan ayah
Kamu juga telah mengiktibarkan perumpamaan terbaik untuk kaum Ibu.

Selamat Hari Ibu wahai Alqomah
Kamu beruntung kerana kamu pergi dahulu sebelum ibumu dan akhir hayatmu mendapat redha serta kemaafan dari Ibumu.
Kamu bertuah kerana ada Nabi bersama mu diakhir hayatmu.
Aku pulak..
Ibu telah lama pergi dan aku sendiri tak pasti samada redhakan dia dan telah dimaafkankan semua kesalahan dan dosaku keatasnya?
Sekalipun tanpa Nabi disisi ku tetapi kita ada kesamaan dalam mengasihi dan mencintai Baginda., InsyaAllah

Selamat hari Ibu wahai Alqomah..
Aku meyakini kisah Kamu jauh lebih dari Perihal Sitanggang dan batu belah.
Selamat hari Ibu wahai Alqomah..
Allah bakal mempertemukan kita di Syurga nanti, InsyaAllah