Thursday, December 27, 2012

Bertemankan Seorang Imamiah’


2-3 th lepas seorang anak buah dgn bangganya mengusung buku Biography & perjuangan Ahmadenejat  http://www.biography.com/people/mahmoud-ahmadinejad-38656. Lalu aku pun menegur. “Dalami dahulu Alquran, perbaiki dahulu  akidah dan kemudian bacalah apa pun, Selagi belum : JANGAN !”
10-15 tahun dulu aku adalah pengkagum Syiah kerana aku antara yang kecewa dengan penguasa Sunni disekelilingku yang Korup serta aku melihat Syiah amat hebat dalam Jihad. Kemudian aku mula mengkaji bermula dengan perbandingan Akidah. Seterusnya   aku membaca buku buku perbandingan Syiah & Sunni yang setengahnya aku pinjam dari mesjid yg aku singgah. Dizaman terbuka perbincangan /debat/forum Syiah& Sunni pun berterusan aku ikuti. Aku juga pernah membaca buku kecil Jihad ekonomi dalam Islam karangan Tuan Guru H.A.Hadi serta follow up berguru dalam bab Jihad dari beberapa kitab.

Akhirnya aku menyimpulan:
·         Aku salah – Bukan Syiah yang mengajar Jihad : Manusia teragung Muhamad s.aw. sebenarnya yang mengajar, mentarbiah serta mempraktikkan Jihad.  Jihad sudah agung sebelum Syiah Ujud; Aku juga menyimpulkan tidak tidak salah bersama syiah Zaidiniah yang  seakan  sealiran dgn Sunni!
·         Sesiapapun yang Pegangan jihadnya selari dengan jihad Rasulullah SAW adalah benar, sekalipun jihadnya belum mencapai kemenangan, kerana Kemenangan itu bersikap  Karib ( see ayat 1 ,2 ,4 dan 18 Al fath)
·          Aku juga merasakan  Ulamak Sunni jarang terkehadapan dalam bab Jihad dan majoritinya tewas sebelum memperkatakan bab jihad lagi
      Aku Juga aku meneliti bahawa sekiranya ada peperangan Islam dan Kuffar, maka aliran Sunnilah yang terkehadapan. Zaman UmarAl Khatab r.a membuka Paletine, Salahuddin Al’ayubi , Muhammad Al-Fateh dan terkini Pejuang Taliban/Afgahistan juga Chechen dibawah  Shamil  Basayev  & Al Khatab semuanya adalah pendokong Sunni.
      Aku tidak pernah membaca adanya pejuang Syiah dalam mana mana peperangan terkehadapan melawan Kuffar. Gempak dari Iran sememangnya hebat, tetapi percayalah tidak akan ada peperangan Iran dan Kuffar yang akan berlaku. Sensasi gempak ini sudah berkurun.

      Terbaru, melalui Reunion Allah mengizinkan kami berukhwah dgn sahabat zaman persekolahan yg melebihi 20-25 th tidak bersua. Zaman persekolahan terlalu rebung menilai Sunni dan Syiah dan tiada batasan untuk itu. Tapi kini aku menyedari seorang sahabatku adalah Imamiah. Dan kerana itu aku terkesan , bersedih lalu menulis Karangan ini : 
     Hanya itu dayaku wahai Sahabat...
      
      Aku juga lama  memahami dan Benar!!  ada golongan agama dan penguasa  yang semakin menjauhkan kita dari agama. Penguasa agama yang  rasuah dan tidak amanah menjadikan umum melihat kepincangan Islam Sunni dan akhirnya mengagumi Syiah.

Syukran,
Kerana Allah telah mengizinkan aku faqeh dalam menilai Suni &; Syiah serta yakin kini aku berada dilandasan terbaik dan  Ilmu penilaian yang benar. Aku akan berusaha untuk Istiqomah dalam pemahaman ini.

Sahabat,
Aku terlalu kerdil untuk mempengaruhi pendirianmu beragama.
Tapi yakinlah hanya dengan Ilmu & penilaian yang baik akan menyelamatkan Kita : Berusahalah membuat perbandingan  dan rational lah dengannya.
Selebihnya aku menyerahkan agar Allah Azzawajalla mengizinkan kamu mencari kebenaran dan berada diatas landasan kebenaran

Aku ingin memiliki 2Syurga, dan aku mengharapkan kamu juga akan memperolehinya...