Friday, March 15, 2013

Mereka yang terlarang

Tatkala aku berkehendak akan anugerah 2Syurga, aku pun mengkoleksikan sebaliknya, iaini mereka mereka yang terlarang  memasuki Syurga serta Mereka2 yang Kekal Jauh dari Syurga.
In Sya Allah aku dengan segala kekuatan  bakal menjauhinya , menyediakan batas2 sempadan yang terang agar aku tidak termasuk dalam mereka yang terlarang' itu

i. Abu Hurairah berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada seorang pun yang masuk Syurga karena amalannya." Para sahabat bertanya; "Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?" beliau bersabda: "tidak juga dengan diriku, kecuali bila Allah melimpahkan karunia dan rahmat-Nya padaku" [HR Bukhari & Muslim]

ii.Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan Imam Al-Bukhari: “Dan demi nyawaku di dalam genggamannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sepenuhnya sehingga kamu sayang menyayangi antara kamu, apakah kamu suka aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu membuatnya nescaya kamu akan berkasih sayang, ia adalah memberi salam sesama kamu.”

iii. Nabi s.a.w bersabda: Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (Silaturahim) : Sahih Muslim 

iv. Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, "Seorang penipu tidak akan masuk Surga, demikian pula orang yang kikir dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian.". (H.r. Tirmidzi, Misykat)

vi. Dalam riwayat muslim “Tidak masuk Syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.

vii. Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).” [Muslim No .0082]

viii.Dari Huzaifah Radiallahu Anhu, aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :  Tidak akan masuk Syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba). (Riwayat Al-Imam Muslim).  HR Ahmad 

ix. Tidak akan masuk Syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sebesar biji yang halus daripada (sifat) takabur, lalu berkata seorang lelaki: Sekiranya seorang lelaki itu suka kepada pakaian yang elok dan kasut yang baik, (lalu) sabda Rasulullah S.A.W lagi: Sesungguhnya Allah itu cantik, Ia suka kepada yang cantik; Takabur itu adalah tidak mahumenerima kebenaran dan menghina orang lain."(Riwayat Muslim drp. Ibn Mas'ud)

x. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk Syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).

Diatas mungkin hanya sebahagian kecil golongan yang terlarang yg sempat aku koleksikan,
Cukuplah dulu untuk ianya mengajar dan mmendidik hati aku untuk lepas dari kelompok terlarang itu...

Lalu aku pun berdoa lagi dengan doa yang pernah diucapkan oleh Mu'az Bin Jabal r.a 
" Ya Rabb, Usaha ku untuk mendapatkan Syurga sangat sedikit sedangkan lariku menjauhi Neraka  pula amat longlai"...Hilyah Al-Auliya


TOlONG aku Ya ALLAH.....