Thursday, February 28, 2013

Seperti Ammar bin Yassir

Dari catatan kuliah  lama 28 Feb. 2009,
 Berkait dengan Iman, Dikatakan seluruh iman mukmin jika dihimpunkan takkan menyamai Iman Abu Bakar As Sidiq r.a.. Aku percaya kerana Dialah Manusia hebat selepas Nabi Muhammad SAW.
Dan logicnya takkan ada yang akan bisa hampir menandingi Keimanan nya.
Tapi aku ada pilihan kerana  diberitakan berkait sebuah Hadis Nabi SAW : 
" Ammar dipenuhi dengan Iman dari  atas kepala hingga ketapak kaki "
Hebatnya dia sekalipun aku melihat hebat lagi derita dan seksaan yang telah tertimpa keatasnya

.Kerana siksaan keatas Ammar maka turunlah :
"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.(Al-Nahl 16:106)

Aku inginkan sebuah level Iman setahap Ammar bin Yasser, sekalipun aku tanpa apa apa seksa dan derita 
Aku cumanya selalu terseksa dengan statement dibawah dan sepanjang masa mencuba memperbaiki kelemahan diri.

Jalan untuk memiliki 2Syurga sebenarnya amat jauh lagi wahai diri....

No comments: