Monday, September 5, 2011

Jalan Kesyurga



AKu akan mengulangi perjalanan ini sekali lagi, Perjalanan Umrah yang lalu tidak cukup dan kini panggilan akbar sudah tiba : KT 10, 3Oct - 130 am aku akan bermusafir lagi, Kali ini perjalanan kearah melangkapkan rukun ISlam ke 5.
Hajj :panggilan yang tak akan ku tolak kerana itula Priority semenjak awal tahun ini.
Klasiknya, panggilan yang sama telah berulang kali diserukan semenjak 10 th lalu dan Allah mentakdirkan aku bersedia pada kali ni .

Banyak nya yang aku rindui disana! dan kali ini aku merindukan Sebuah kematian dan bersemadi di perkuburan Baqi' atau di Makkah tatkala sedang berihram Haji.

Ya Rabb,
Sekiranya kematian aku sepanjang permusafiran ini lebih baik , maka aku mohon kebaikan itu.
Dan sekiranya ada yang lebih baik dari itu terpulanglah kepadaMu.
Urusanku Ditangan MU dan aku berserah total atas segala takdir Mu