2-3 th lepas seorang anak buah dgn
bangganya mengusung buku Biography & perjuangan Ahmadenejat http://www.biography.com/people/mahmoud-ahmadinejad-38656.
Lalu aku pun menegur. “Dalami dahulu Alquran, perbaiki dahulu akidah dan kemudian bacalah apa pun, Selagi
belum : JANGAN !”
10-15 tahun
dulu aku adalah pengkagum Syiah kerana aku antara yang kecewa dengan penguasa
Sunni disekelilingku yang Korup serta aku melihat Syiah amat hebat dalam Jihad.
Kemudian aku mula mengkaji bermula dengan perbandingan Akidah. Seterusnya aku membaca buku buku perbandingan Syiah
& Sunni yang setengahnya aku pinjam dari mesjid yg aku singgah. Dizaman
terbuka perbincangan /debat/forum Syiah& Sunni pun berterusan aku ikuti. Aku
juga pernah membaca buku kecil Jihad ekonomi dalam Islam karangan Tuan Guru
H.A.Hadi serta follow up berguru dalam bab Jihad dari beberapa kitab.
Akhirnya aku menyimpulan:
· Aku salah – Bukan Syiah yang mengajar Jihad : Manusia teragung Muhamad s.aw. sebenarnya yang mengajar, mentarbiah serta mempraktikkan Jihad. Jihad sudah agung sebelum Syiah Ujud; Aku juga menyimpulkan tidak tidak salah bersama syiah Zaidiniah yang seakan sealiran dgn Sunni!
· Sesiapapun yang Pegangan jihadnya selari dengan jihad Rasulullah SAW adalah benar, sekalipun jihadnya belum mencapai kemenangan, kerana Kemenangan itu bersikap Karib ( see ayat 1 ,2 ,4 dan 18 Al fath)
· Aku juga merasakan Ulamak Sunni jarang terkehadapan dalam bab Jihad dan majoritinya tewas sebelum memperkatakan bab jihad lagi
Aku Juga aku meneliti bahawa sekiranya ada peperangan Islam dan Kuffar, maka aliran Sunnilah yang
terkehadapan. Zaman UmarAl Khatab r.a membuka Paletine, Salahuddin Al’ayubi , Muhammad Al-Fateh dan terkini Pejuang
Taliban/Afgahistan juga Chechen dibawah Shamil
Basayev & Al Khatab
semuanya adalah pendokong Sunni.

Hanya itu dayaku wahai Sahabat...
Aku juga lama memahami dan Benar!! ada
golongan agama dan penguasa yang semakin menjauhkan kita dari agama. Penguasa agama yang
rasuah dan tidak amanah menjadikan umum melihat kepincangan Islam Sunni
dan akhirnya mengagumi Syiah.
Syukran,
Kerana Allah telah mengizinkan aku faqeh dalam menilai Suni &; Syiah serta
yakin kini aku berada dilandasan terbaik dan Ilmu penilaian yang benar. Aku akan berusaha
untuk Istiqomah dalam pemahaman ini.
Sahabat,
Aku terlalu
kerdil untuk mempengaruhi pendirianmu beragama.
Tapi
yakinlah hanya dengan Ilmu & penilaian yang baik akan menyelamatkan Kita :
Berusahalah membuat perbandingan dan
rational lah dengannya.
Selebihnya
aku menyerahkan agar Allah Azzawajalla mengizinkan kamu mencari kebenaran dan
berada diatas landasan kebenaran
Aku ingin
memiliki 2Syurga, dan aku mengharapkan kamu juga akan memperolehinya...
No comments:
Post a Comment