Friday, July 10, 2009

Aku yang tercabar..



Hari ini Ilmu' mencabar aku - aku tiba tiba jadi gelong !
Bukannya mudah meniti jalan keSyurga... tak seperti sangka kebiasaan ku;
Aku rasa payah, tak mudah kerana -
Amal kebaikan ku selama ini belum tentu dapat pahala. Amal kebaikan ku selama ini yang berpahala pun bisa terpadam pahalanya. Manakala Amal dan perlakuan maksiat ku yang lepas confirmed berdosa.


Ngerinya! ; kerana yang tinggal seakan akan hanya dosa dan tak ade modal untuk aku Kesyurga.

Modal baki hanyalah Harap"

Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; As'Syuraa [ Q026:82]

HADITH yang diriwayat dari Anas r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana Keadaanmu?"
Pemuda itu menjawab: "Aku berharap kepada (rahmat) Allah - Ya Rasulullah! - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku". Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti." [Anas r.a]

Thursday, July 9, 2009

JAcko yang tidak boleh memilih


Maaf,

Bohong kalau aku tak kenal MJ, dan Bohong kalau takde lagu dia yang aku suka dengar.
Cumanya Jacko dah takde : Dah meninggal dunia dan dikebumikan ( Dunia itu lain dan bumi itu lain )
JAcko seorang islam? non Muslim? : aku tak tahu , media memeningkan aku :
Cumanya difikiran ku :
  • Semasa hidup Jacko boleh memilih wajah paparan yang dia suka; sekarang sudah tidak lagi.

  • Semasa hidup dia boleh memilih untuk Islam dan selain Islam : sekarang dia sudah tidah ada pilihan

  • Semasa hidup Jacko boleh memilih jalan jalan Untuk KeSyurga atau pun Ke Neraka : hari ini dia sudah tidak boleh memilih

Yang boleh memilih - Cuma Kita yang masih hidup

: dan Aku mahu tetap beristiqomah memilih jalan menuju KeSyurga


Wednesday, July 8, 2009

Tidur Di Syurga


Aku tak akan mengantuk , Tak nak tidur dan tak akan tidur diSyurga nanti :
Dari Abdullah Bin Abi Aufa, seorang lelaki bertanya kepada NAbi " Ya Rasulullah,sesungguhnya tidur merupakan suatu kenikmatan dari Allah didunia, apakah nanti kita akan tidur diSyurga?, Maka Nabi pun menjawap "Tidak , Kerana sesungguhnya tidur adalah saudara maut dan DiSyurga tiada maut"
AKu terjumpa hadis diatas dalam membaca tafsir
"Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu. : Faathir (Q033 : 35 )

Tuesday, July 7, 2009

Berserah....

Aku terperasan 2 kali Allah membentangkan ungkapan ini didalam Al-Qura'an,


"Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu."
Biasanya Tawakkal diterjemahkan dengan Tawakkal jugak, tetapi ada 2 ayat Tawakkal diterjemahkan sebagai berserah diri" .
Dan aku ingin menjadi antara yang pasrah berserah diri dan membiarkan Allah memandu diri aku hingga ke pintu Syurga : Amien