Tuesday, September 15, 2009

Allah Berahsia..


Allah merahsiakan serta menyembunyikan 7 perkara untuk pengajaran :
1.Malam Lailatul Qadr- untuk mencari yang terbaik dalam yang 10 akhir
2. Saat Mustajab doa di hari Jumaat - membiarkan kita sepnjang hari Jumaat mengucapkan doa
3.Solat Wusto''yang Allah sembunyikan ( sekalipun ada tafsiran2 Ulamak)- agar tidak melewatkan manamana solat pun
4.Allah menyembunyikan taat mana yang dia akan Redha - agar semua perbuatan beasaskan ketaatan Kpd Allah
5. Allah menyembunyikan Maksiat Mana yang dia Paling Murka - Agar semua maksiat dijauhi
6. Allah menyembunyikan ajal -agak takwa sepanjang masa
7. Allah menyembunyikan Hari Kiamat

Allah menyembunyikan hanya 7 dan berjuta yang lain pula terbiar untuk diteroka'
- Mukmin sentiasa peduli apa yang Allah rahsiakan dan berusaha menggapainya sekalipun ianya hanya sekadar 7
Manakala
- Puak Mujrimun dan Fasiq akan terus lalai dalam penerokaan' berjuta perkara yang bukan Rahsia

Monday, September 14, 2009

Tetamu diMalam hari


Sekalipun sudah dijemput, Bukan semua layak bertamu
Yang Layak hanyalah para..
  1. Nabiyin
  2. Sidieqin
  3. Muqarrabbin
  4. Ariffin n Muhsinin
  5. Muttaqin
  6. Solehin
  7. Abidin
AKu dimana?

Kisah Malam


Ada satu Malam dengan 9 Nama
Ada satu Malam dengan kesamaan 1000 bulan :

Itulah ;
Lailatul Qadr. Lailatul Izzah, LailatulMubaraqah, Lailatul maghfirah, Lailatul Aziz, Lailatul Aziem, Lailatul Qaber, lailatul Siyym, Lailatul Qubra :
Dan
Majoriti tetamunya masih mereka mereka yang sama
Yang istiqomah jugak di 10 akhir tahun lalu

Maghfirah dan Syurga..


Tiada yang menafikan diakhir Ramadhan pintu Pintu Syurga terbuka. Cuma nya ianya dibuka untuk siapa? Kalau bukan Ahlinya, sekalipun Pintu dibuka, kelibat bau Syurga pun takkan dapat dihidu.

Dari Umar Al Khatab
" Aku Bersyukur kerana aku dibunuh oleh yahudi, dan aku akan mendapatkan Syurga dengan lukaku ini".
Dari Saidina Uthman yang ketika nazaknya masih berpuasa
" Aku ingin berbuka di Syurga "
" Pintu Syurga Di bawah Kilauan Mata pedang"

Tapi aku?
Cuma mengharapkan Maghfirah untuk ke Syurga
Modal lain aku tak ada.