Thursday, June 5, 2008

Penguasa agama yang tidor, sakit perut dan tak habis2 meeting...





Penguasa agama tu siapa? sapa sapa lah pegawai yang tanggungjawapnya berkaitan dengan Jabatan agama/ Mufti , mahkamah syariah, Jakim etc etc...Yang sepatutnya mencari penyelesaian terbaik bagi umat Bukan meloyakan umat



Bial kes murtad melambak, bila perebutan mayat berlaku, bila pengagihan zakat di petikaikan, bila masaalah umah makin parah makin sibuk Penguasa ini dengan meeting yang tak habis habis., sibuk lagi tidor dan banyak masa lagi nak melayan perut sakit.



Woi pergi balik bekerja dan selesaikanlah masaalah umat dulu...



Manakah yang lebih utama dari menghadiri meeting ( yang membincangkan entah apa) dengan menyelesaikan kes poligami ini? Manakah yang orang bukan islam akan tengok, meeting kamu kah atau penyelesaian kes ini? Penguasa agama pun tak faham fiqh alawaliat rupanya.Kes ini kena letak sebagai No 1, semua orang perhatikan dan disinilah peluang nak memuliakan kembali Poligami dimata umum.



Poligami menjadi buruk dipandangan masyarakat disebabkan penguasa2 agama inilah rupanya,



Kalau sapa sapa boleh beri pesanan ni pada abang kita Mohamed Nor Awang, 57 dari ganu tuh, bagitau jer..pergi je nikah siam

lepas tu balik malaysia dan jangan bayar saman.

Cabar Penguasa agama ni,, relakan diri di penjara : Kamu sejuta kali lebih mulia dari mereka yang diluar penjara.


Apa sangatlah penguasa nak memikirkan kemampuannye sedangkan dia dah ada rekod mampu dengan 3 isteri.


Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. "
(Surah an-Nur : 32)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah"
(Riwayat Ibnu Abbas)




Rasanye lepas ni kita kena perangi Penguasa agama yang kerjanye tidur, meeting dan yang asik sakit perut nie. Banyak sangat kes yang memalukan Islam yang tiada penyelesaian.



  • Kes Abunya , Arqam, Rufaqa : apa cerita?


  • Kes PAyah Pin ( semua pakat tolak tolak dan kesudahannye tiada, nasib baik jugak Payah Pin pin tu hilang: kalau dia hidup ada lagi lagi merapu la pihak agama menanganinya


  • Kes haji Kahar : Apa jadi dengan nabi kelakar nie? tergantung juga

Kalau penguasa sekadar nak bagitau setengah2 puak dan individu itu sesat tanpa tindakan apa baiklah kamu semua letak jawatan : kerja nak tau sesat ke tak ni guru 2 dan penceramah ni pun boleh dah bagitau, Kita pun ada Macam2 Kitab bab Aqidah Ahli sunnah waljamaah ni nak buat rujukan




Yang umat nak sekarang ni apa penguasa Agama Buat? Apa tindakan




Takpe la, teruslah kamu tidor dan jawablah nanti dengan jawapan bernas dihadapan Allah.







Wednesday, June 4, 2008

Menanti Sang Augustus 2008











Seketika semuanya fana dan berasa ngeri menantikan Sang Augustus , kemuncak petaka yang bermula dengan kemunculan Sang June 4th.

Sang Augustus adalah kemuncak kemerdekaan yang sebelum ini dinanti dengan semangat patriotik tapi tidak bagi musim ini, segalanya berubah angkara perkhabaran ngeri yang telah dinobatkan ke seantero benua.
Mari kita beramai ramai pegang jarum jam dan berusaha memadamkan Sang Augustus dari taqwim kita..berupaya kahkita??
Kita tidak perlu bertindak sesingkat 2 pembawa berita itu, yang kita perlukan cuma helah menggagalkan 2 pembawa berita itu dari mensahihkan pengkhabaran berita ngeri. Kita perlukan pemintas. Pemintas yang bewibawa !! .Kita perlukan sokongan padu untuk pemintas ini menjalankan tugasnya. Puteri kena siap sedia menyedikan bekalan, pemuda perlu tangkas melakarkan strategi dan jangan lagi terlena dengan masyarakat yang masih fana dengan perkhabaran ngeri semalam.
Mari belajar matematik :

  • Sekiranya setiap kita mebelanjakan Rm 400 purata setiap bulan untuk petrol sebelum 4 hb June 2008

  • Selepas June 4 ( RM2.70/ltr) : petambahan sebanyak RM 164 menjadikan total =RM 564 sebulan

  • Selepas ketibaan Sang Augustus pulak (RM4.00/ltr : Bertambah lagi 48% menjadikan pertambahan RM271.5 dan total perbelanjaan petrol bulanan sahaja RM835.50. Bisakah sudah membayangkan bagaimana dari RM400 sebulan meningkat ke Rm835.50? Itu sebenarnya untuk Petrol sahaja, belum lagi yang lain lain..
Untuk Difikirkan pulak :
(
If really true that government will money-order back RM625 upon paying road tax for car below 2000cc)
Rebate/year
625
Rebate/month
52.08
Your 1month average usage in the past
150
Your 1month average NEW price
210.95
Difference
60.95
1month different
60.95
1month rebate
52.08
1month, you spend extra (RM)
8.87
(comparing past RM1.92 with present RM2.70)
1 year
731.4
1 year rebate
625
1year, you spend extra (RM)
106.4
(comparing past RM1.92 with present RM2.70)
If your average fuel consumption is more than RM128.2 per month
You will be paying more even with the rebate or RM625 per year
* calculation only works for those driving vehicle below 2000cc,
who cares for those driving big cars, they surely can afford it

Minyak yang membakar kemarahan



Seawal pagi ini aku melayari dan berkongsi kemarahan rakyat dengan kenaikan harga minyak yang terbaru. Kenaikan Rm0.78 dan RM1.00 dalam ukuran purata 41% kenaikan memang melemaskan dan terlampau.

Apa lagi pilihan kita dengan kenaikan ini? Kenaikan itu tetap buat masa ini dan hanya pilihan menangani kenaikan ini yang kita ada. Aku akan katakan pada anak anak dan isteri seta kawan kawan:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. ( Al Baqarah 2 ;155)

Kunci katanya sabar. Dan ketahuilah hanya di dunia je kita di suruh bersabar. Sabar tak perlu lagi Di Syurga...

Cuma Proteslah dengan cara yang terbaik sekiranya terdaya.
MAri kita bersabar dengan berita kenaikan ini dan terpulanglah untuk diri sendiri merancang kehidupan dan bersedialah pula kearah RM4.00 /liter petrol yang lebih memeritkan Ogos nanti

Ulasan aku :
Sebenarnya aku dan hampir kesemua rakyat Malaysia pun boleh menjadi Menteri dan PM kalau menangani kenaikan minyak dunia dengan menaikkan harga jualan minyak diMalaysia. Apa hebatnya keputusan ini? Alternative menangani kenaikan minyak dunia ini ada beribu terutama bagi kita Negara pengeluar minyak dan kenapa kenaikan 41% yang dipilih : semakin buntu aku memikirkan kebuntuan pemimpin kita..
Buntu dan keliru lagi aku memikirkan penarikan (Hanya selepas 48 jam diumumkan) penjualan minyak kepada warga asing sekitar 50Km disempadan yang ditarik balik.
Kelegaan dipihak siapa?
arkk.....rupanya pemimpin aku tidak seperti yang aku harapkan, tidak lebih bijak dari aku!!

Tuesday, June 3, 2008

Doa seorang dewasa..

Tatkala orang lain asik melagukan
"IKTIRAF..Wahai Tuhan, Ku Tak Layak KeSyurgaMu Namun Tak Pula Aku SanggupKe NerakaMu Ampunkan Dosaku Terimalah Taubatku.. " aku pulak memikirkan dan megharapkan 2 Syurga..
Benar sekarang ini aku memikirkan hebatnye memiliki 2syurga dan janji Allah dalam Arrahman ayat 46 itu. Membayangkan dan memikirkan kehebatan 1 syurga pun sebenarnya takkan mampu tapi apa salahnya aku optimis dan merencana untuk 2 syurga itu?
Bersyukur dengan 1 isteri,anak anak & jiran yang baik serta kecukupan dunia munkin satu titik permulaan untuk mencapai 2 syurga itu.
“Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”. (QS. An-Naml, 27 : 40)
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (QS. An-Nahl:78)
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? ( Arrahman )

Yaa Rahman Kurniakanlah tahap Syukur Aku bertambah saban hari dan kumpulkan aku nanti beserta golongan yang sedikit itu.......
Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur ( AlMukminun, 23:78)
Amin Ya Rabbal Alamin