Wednesday, July 2, 2008

Hadiah tak ternilai untuk Isteri..


Aku jarang sangat nak memberikan hadiah untuk isteri secara 'appropriate, secara bungkus elok elok dan make it as a surprise...cam tak masuk akal jer. Hadiah pada aku hanyalah satu pemberian istimewa dan bungkusan elok elok itu hanyalah kosmetik yang tak penting.
Membiayai keperluannya dengan menyediakan kewangan untuk dia memilih rasanya hadiah yang lebih baik sekalipun kurang romantis. Cumanya kadang kadang terasa juga ingin menjadi romantis dan kemudiaanya menghadiahkannya buku ini untuknya, pun tanpa bungkusan....
Hanya sebuah buku bukan seutas berlian. Tapi manakah yang lebih bernilai? Terpulang!! tetapi pada aku isi kandungan buku ini lebih bernilai dari mana2 hadiah yang pernah aku berikan.Buku ini wahai Isteriku akan memberi kefahaman tentang ilmu bahagia, Mengenal erti bahagia, panduan mengecapi kebahagiaan dan kekal berbahagia. Bukankah kebahagian itu idaman setiap insan?
Ingatlah, bahagia bukan kurniaan dari suami, Bahagia dari Maha pencipta.Carilah kebahagiaan dengan meletakkan keutamaan pada tempatnya. Berbahagialah sekalipun kamu hanya hidup seorang diri didunia ini.
Dan yang paling penting , Yakinlah Kebahagiaan itu sebenarnya sesuatu yang ghaib, dan tempat yang tidak terbatas bahagia hanyalah diSyurga.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai, Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya. [ALQamar ;Q54;54&55]

Tuesday, July 1, 2008

Alahai Ustazah....

Sebelum sessi makan malam tadi, Abang long (Darjah 4) kata " Bah, kalau kita boleh cium batu hajarul Aswad kan Beshh..Ustazah kata kalau orang buat maksiat dan banyak dosa dapat cium Hajarul Aswad semua dosanya diampunkan. sebab itu dulu batu tu putih sekarang dah hitam, pasal banyaknye dosa melekat disitu'".
Terpaku sejenak aku!!! anak aku ini sekolah agama ke sekolah apa? agama mazhab apa yang diajarkan? Apakah corak kefahaman tenaga pengajar sekolah JAIS nie?
Munkin pada setengah orang ini benda yang kecil, tapi rasanya tak bagi aku. Kepercayaan karut yang ditanamkan dijiwa anak yang masih kecillah lagi merbahaya.Bagaimana nanti kalau dia sudah mula beranggapan biarlah berdosa dan nanti besar bolehlah mencium hajarul Aswad, bolehlah mencari kain Kaabah dan kayu bahtera untuk tangkal etc. Pemahaman tentang konsep asas akidah kena betul dan tepat, seterusnya barulah dia akan tahu yang mana sesat dan mana yang benar. Ilmu Islam benar sahaja yang akan melegakan aku untuk membiarkan anak anak meneruskan kehidupan .
Semulia mulia nabi pun nabi tak ada hak hapuskan dosa kita dengan Allah. Nabi sekadar mengajar kaedah bagaimana nak menghapuskan dosa iaini dengan bertaubat. Adakah Hajarul Aswad tu lebih mulia dari seorang nabi ?
Belajarlah dari kisah Sayidina Umar Al Khatab yang berkata .'Wahai batu, sekiranya aku tidak melihat Rasulullah mengucup engkau nescaya aku tidak akan mengucup engkau sepertimana yang aku lakukan sekarang ini, Kau tidak lebih dari hanya seketul batu''. Umar menganggap mengucup batu itu sunnah dari segi perlakuan sahaja dan tidak lebih dari itu.Tiada sebarang mudarat dan manafaat daripada batu itu. Kuasa mutlak memberi mudarat, manafaat dan menghapuskan dosa hanyalah milik Allah.
Nantilah, Bila berkesempatan berhadapan dengan pihak PIBG akan aku selesaikan masaalah ini. Semakin mengelirukan rupanya alam sejagat kita hari ini.