Thursday, February 28, 2013

Seperti Ammar bin Yassir

Dari catatan kuliah  lama 28 Feb. 2009,
 Berkait dengan Iman, Dikatakan seluruh iman mukmin jika dihimpunkan takkan menyamai Iman Abu Bakar As Sidiq r.a.. Aku percaya kerana Dialah Manusia hebat selepas Nabi Muhammad SAW.
Dan logicnya takkan ada yang akan bisa hampir menandingi Keimanan nya.
Tapi aku ada pilihan kerana  diberitakan berkait sebuah Hadis Nabi SAW : 
" Ammar dipenuhi dengan Iman dari  atas kepala hingga ketapak kaki "
Hebatnya dia sekalipun aku melihat hebat lagi derita dan seksaan yang telah tertimpa keatasnya

.Kerana siksaan keatas Ammar maka turunlah :
"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.(Al-Nahl 16:106)

Aku inginkan sebuah level Iman setahap Ammar bin Yasser, sekalipun aku tanpa apa apa seksa dan derita 
Aku cumanya selalu terseksa dengan statement dibawah dan sepanjang masa mencuba memperbaiki kelemahan diri.

Jalan untuk memiliki 2Syurga sebenarnya amat jauh lagi wahai diri....

Tuesday, February 26, 2013

Doa orang Berdosa


Bilamana aku mendengar...meneliti
  • Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan  maksiat ),  janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  Az-Zumar 39:53 

Dan lagie...
  • Dari Ibnu 'Umar, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.HR. Ibnu Majah no. 2414. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih
  • Jika orang yang berutang berkata, dia akan sering berdusta. Jika dia berjanji, dia akan mengingkari.”       (HR. Bukhari).

 Aku pun berdoa,,,,

  اَللَّهُمَّ  إِنِّيْ  أَعُوْذُ بِكَ مِنْ  الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ  
  
ALLAHUMMA INNI A’UDZU BIKA MINAL MA’TSAMI WAL MAGHROM
 Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan banyak hutang
Ya, 
Siapa lagi Rabb ku selain mu Ya Allah,
dan pergantungan total ku hanya kepadaMu 







Monday, February 25, 2013

Melatarbelakangkan Islam

Aku melihat kewajipan yang terang dan jelas.

Cuma aku merasakan penentang2 hanyalah mereka yang Sempit dada dan pemikiran
:Maaf...

Simpati yang sudah tidak ada untuk hampa!
ini kerana  'kawan aku ni pun lama dah tahu cumanya dia dah tak boleh mengundi jer...
Befikir la wehhh.