Tuesday, September 27, 2011

Sebuah Perjalanan


Aku akan mengulangi perjalanan ini sekali lagi, Perjalanan Umrah yang lalu tidak cukup dan kini panggilan akbar sudah tiba : KT 10, 3Oct - 130 am aku akan bermusafir lagi, Kali ini perjalanan kearah melengkapkan rukun yang ke 5.

Kemuncak segala rasapun akan bermula !

Hajj :panggilan yang tak akan ku tolak kerana itula Priority semenjak awal tahun ini.
Klasiknya, panggilan yang sama telah berulang kali diserukan semenjak 10 th lalu dan Allah mentakdirkan aku bersedia pada kali ni .

Banyak nya yang aku rindui disana! dan kali ini aku merindukan Sebuah kematian dan bersemadi di perkuburan Baqi' atau di Makkah tatkala sedang berihram Haji.


Ya Rabb,
Dan sekiranya ada yang lebih baik dari itu terpulanglah kepadaMu.Sekiranya kematian aku sepanjang permusafiran ini lebih baik , maka aku mohon kebaikan itu.
Urusanku Ditangan Mu dan aku berserah total atas segala takdir MU

Ahmad Abdullah
Sesudah Asar ; Syawal 29


Monday, September 5, 2011

Jalan Kesyurga



AKu akan mengulangi perjalanan ini sekali lagi, Perjalanan Umrah yang lalu tidak cukup dan kini panggilan akbar sudah tiba : KT 10, 3Oct - 130 am aku akan bermusafir lagi, Kali ini perjalanan kearah melangkapkan rukun ISlam ke 5.
Hajj :panggilan yang tak akan ku tolak kerana itula Priority semenjak awal tahun ini.
Klasiknya, panggilan yang sama telah berulang kali diserukan semenjak 10 th lalu dan Allah mentakdirkan aku bersedia pada kali ni .

Banyak nya yang aku rindui disana! dan kali ini aku merindukan Sebuah kematian dan bersemadi di perkuburan Baqi' atau di Makkah tatkala sedang berihram Haji.

Ya Rabb,
Sekiranya kematian aku sepanjang permusafiran ini lebih baik , maka aku mohon kebaikan itu.
Dan sekiranya ada yang lebih baik dari itu terpulanglah kepadaMu.
Urusanku Ditangan MU dan aku berserah total atas segala takdir Mu


Wednesday, June 8, 2011

Tidurlaaaa




Tidur : Diajarkanlah kepada kita sekurang2nye kena 8 jam tidur barulah seimbang dan sihat.
Terbaru ! 7 jam untuk sihat : dan semua orang percaya termasuk pakar 2 motivasi/ Doktor dari kalangan umat Islam.
Aku nak percaya Ke?
  • Nabi saw. tidur 7 jam Ke? Sekalipun belum ada ustaz yang mendetailkan berapa jam tidur Nabi saw.Aku percaya Nabi saw. tidak tidur 7 Jam sehari dan Nabi saw. kekal sihat.
  • Firaun juga seorang yang sihat : Aku rasa dia boleh kut nak tidur 7 jam sehari seperti raja/ penguasa lain : ada pembantu dan tak perlu fikirkan masaalah rakyat !
Kesimpulannya?
Nak tidur 7,8, 12 jam pun , terpulang :
Cumanya, Aku baru cuba cuba untuk belajar tidur kurang dari angka 7 tu, pasal bukan tidur yang cukup memberikan kesihatan.
Kesihatan dan kesejahteraan sebahagian dari rezeki dan aku yakin Siapa yang mengawal rezeki aku !
Lagipun bab tidur2 ni kena la trial sikit pasalnya ....................

Friday, June 3, 2011

Berserah



Aku perlu berserah diri kepada yang menguasai diri!
aku tidak ada pilihan lain
dan
aku juga tak akan berani nak buat pilihan selain dari berserah :
Kerana akau menginginkan 2 Syurga ........

وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ

وَكَفَىٰ بِاللَّـهِ وَكِيلً

dan bertawakkallah kepada Allah ( janganlah menumpukan harapanmu kepda yang lain ) , Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara, pelindung serta pentadbir urusanmu

(Al’Ahzab Q033 : 02)