Thursday, December 27, 2012

Bertemankan Seorang Imamiah’


2-3 th lepas seorang anak buah dgn bangganya mengusung buku Biography & perjuangan Ahmadenejat  http://www.biography.com/people/mahmoud-ahmadinejad-38656. Lalu aku pun menegur. “Dalami dahulu Alquran, perbaiki dahulu  akidah dan kemudian bacalah apa pun, Selagi belum : JANGAN !”
10-15 tahun dulu aku adalah pengkagum Syiah kerana aku antara yang kecewa dengan penguasa Sunni disekelilingku yang Korup serta aku melihat Syiah amat hebat dalam Jihad. Kemudian aku mula mengkaji bermula dengan perbandingan Akidah. Seterusnya   aku membaca buku buku perbandingan Syiah & Sunni yang setengahnya aku pinjam dari mesjid yg aku singgah. Dizaman terbuka perbincangan /debat/forum Syiah& Sunni pun berterusan aku ikuti. Aku juga pernah membaca buku kecil Jihad ekonomi dalam Islam karangan Tuan Guru H.A.Hadi serta follow up berguru dalam bab Jihad dari beberapa kitab.

Akhirnya aku menyimpulan:
·         Aku salah – Bukan Syiah yang mengajar Jihad : Manusia teragung Muhamad s.aw. sebenarnya yang mengajar, mentarbiah serta mempraktikkan Jihad.  Jihad sudah agung sebelum Syiah Ujud; Aku juga menyimpulkan tidak tidak salah bersama syiah Zaidiniah yang  seakan  sealiran dgn Sunni!
·         Sesiapapun yang Pegangan jihadnya selari dengan jihad Rasulullah SAW adalah benar, sekalipun jihadnya belum mencapai kemenangan, kerana Kemenangan itu bersikap  Karib ( see ayat 1 ,2 ,4 dan 18 Al fath)
·          Aku juga merasakan  Ulamak Sunni jarang terkehadapan dalam bab Jihad dan majoritinya tewas sebelum memperkatakan bab jihad lagi
      Aku Juga aku meneliti bahawa sekiranya ada peperangan Islam dan Kuffar, maka aliran Sunnilah yang terkehadapan. Zaman UmarAl Khatab r.a membuka Paletine, Salahuddin Al’ayubi , Muhammad Al-Fateh dan terkini Pejuang Taliban/Afgahistan juga Chechen dibawah  Shamil  Basayev  & Al Khatab semuanya adalah pendokong Sunni.
      Aku tidak pernah membaca adanya pejuang Syiah dalam mana mana peperangan terkehadapan melawan Kuffar. Gempak dari Iran sememangnya hebat, tetapi percayalah tidak akan ada peperangan Iran dan Kuffar yang akan berlaku. Sensasi gempak ini sudah berkurun.

      Terbaru, melalui Reunion Allah mengizinkan kami berukhwah dgn sahabat zaman persekolahan yg melebihi 20-25 th tidak bersua. Zaman persekolahan terlalu rebung menilai Sunni dan Syiah dan tiada batasan untuk itu. Tapi kini aku menyedari seorang sahabatku adalah Imamiah. Dan kerana itu aku terkesan , bersedih lalu menulis Karangan ini : 
     Hanya itu dayaku wahai Sahabat...
      
      Aku juga lama  memahami dan Benar!!  ada golongan agama dan penguasa  yang semakin menjauhkan kita dari agama. Penguasa agama yang  rasuah dan tidak amanah menjadikan umum melihat kepincangan Islam Sunni dan akhirnya mengagumi Syiah.

Syukran,
Kerana Allah telah mengizinkan aku faqeh dalam menilai Suni &; Syiah serta yakin kini aku berada dilandasan terbaik dan  Ilmu penilaian yang benar. Aku akan berusaha untuk Istiqomah dalam pemahaman ini.

Sahabat,
Aku terlalu kerdil untuk mempengaruhi pendirianmu beragama.
Tapi yakinlah hanya dengan Ilmu & penilaian yang baik akan menyelamatkan Kita : Berusahalah membuat perbandingan  dan rational lah dengannya.
Selebihnya aku menyerahkan agar Allah Azzawajalla mengizinkan kamu mencari kebenaran dan berada diatas landasan kebenaran

Aku ingin memiliki 2Syurga, dan aku mengharapkan kamu juga akan memperolehinya...


Sunday, December 16, 2012

Nota Kenangan untuk seorang Abang.

Ikhazam b abdullah, meninggal pada 1 muharam
Segala puji bg ALLAH yg mengkifarah kan dosanya dng memberinya sakit selama beberapa bulan, seterusnya mmberi jalan kematian dan urusan yg mudah
Mahasuci ALLAH yg masih mmberi kita kehidupan unt kita berfikir dan mngambil iktibar dr setiap kematian.
Nota kenangan.
i. Dia seorang yg aruah mak tak pernah berkecil hati dngnya.selalu senang dng nya.istemewa dia dhati seorang ibu.
Hadis:HR alhakim÷keredhaan ALLAH brgntung pada rezda kedua ibubpa
ii.dia Abang yg berhemah dan beretika dlm berbicara. Untungnya dia pergi dgn hanya membawa dosa mulut yg minimum kerana ramai penghuni neraka adalah mereka yg tak tahu mnjaga mulut 

Doakan keampunan unt nya, dan moga pengajaran unt kita semua dlm hubungan bersama ibu juga mnjaga mulut dan bicara. Alfatehah.

Wednesday, July 25, 2012

Keutamaan Syukur


Syukur bukan sekadar perkataan, ianya adalah gabungan lidah, hati dan perlakuan dalam kehidupan.Amat sukar untuk memahami syukur apalagi untuk melaksanakannya. Syukur serta Sabar dalam kitab2 tasauf selalu benar digandingkan.
Sabda Nabi "orang yang dapat menjamah makanan lalu bersyukur sama tarafnya dengan mereka yang berpuasa lalu bersabar"


Adilnya Allah , Orang kaya dan miskin mampu beroleh pahala yang sama dengan amalan yang berbeza.


Dari Syaidina Ali ;"Syukur Nikmat bererti tidak mengingkari Nikmat Allah dengan kurnia yang diberi atau menjadikan Kurnia yang Allah beri sebagai sumber untuk kemungkaran"
Firman Allah pula" Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka). -AnNisa' -Q04:147


Dari Hadis Hassan Rwyt Abu Daud :"Sekiranya umatku diberi Dunia dan seisinya dan kemudian dia mengucap Alhamdulillah ,maka ungkapan Alhamdulillah itu lebih utama dari Dunia dan seisinya"Lagi : " Orang yang pertama dijemput keSyurga adalah orang2 yang suka memuji Allah dalam semua perkara".



Ulamak mengklasifkasikan tanda2 beriman itu ada 4 :
1. Besifat Taqwa
2. Bersifat Malu
3.Bersyukur dengan Nikmat
4.Sabar


Ulamak kemudian menggariskan ada 4 Kaedah untuk mencapai Tahap Syukur :
1.Melakukan zakat hati iaini dengan bertaubat dan beristigfar
2.Melakukan zakat Badan iaini dengan bermujahadah melakukan yang wajib dan menyanggah yang haram
3. Zakat Harta
4. Sentiasa Merasakan sekiranya kita mati , akan lebih hampir keNeraka Allah. ( Muhazabah diri)

Wallahua'lam : Ya Rabb.. Aku mahu kekal berSyukur. Syukur sepanjang penghidupan du dunia dan disyurga .


Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). Alwaqiah -Q056:74



Cemburu ku !

Dua dalam satu , dan tak pernah lengkap Ramadhan tanpa mengenang dan membicarakan 
Peristiwa Badar-AlQubra.

Aku  Cemburu !
 Aku Mencemburui akan keistemewaan kesemua 313 ahli Badar..
Sekalipun Hakikatnya
Aku tak layak Untuk Cemburu itu.

Wahai Diri....
Berasa malulah kamu !!
Insan lalai mencemburui keistemawaan Insan terpilih 
Berusahalah dahulu membersihkan diri dan Hati 

Arkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!
Ya Rabb.Sekiranya Cemburu itu pun tidak layak untukku 
Biarlah........
Cuma nanti Ketemukanlah aku dengan kesemua  313 Ahli Badar yang sentiasa ku cemburui  disetiap Ramadhan




HR Bukhari :
Nabi bersabda,  Allah memberikan keistimewaan kepada orang-orang yang mengikuti Perang Badar. Allah berkata kepada mereka, ‘Kerjakan apa yang kalian kehendaki. Dan Aku telah mengampuni kalian.’.’ ’ ”.




Masa hadapan...


Einstein Bukan Muslim dan mukmin. 
Ada kesalahan dalam quote' nya :
 pun ada jugak yang benar:
 
Seorang mukmin seharusnya memikir masa masa depan dan setidak tidaknya memikirkan kematian serta yang terjadi selepas kematian.
 
Dan benar !
Masa depan dan malah kematian adalah sesuatu yang hampir : sangat karib!

Masa depan aku 
Masa depan anak anak aku
Semuanya milik Allah 
dan 
aku tidak berpengetahuan tentang.
Aku Cuma merancang : 
Awal bulan ni baru submit resignation' dan berharap perancangan untuk masa depan dan kerjaya yang lebih Barakah.


 

Tuesday, April 3, 2012

Menuju Syurga dengan Salawat







Dari riwayat At Thabrani - Satu Hadis Hassan
- Nabi SAW Bersabda 
"Barangsiapa yang lupa membaca Salawat kepadaKu,
 maka dia akan lupa jalan menuju ke Syurga"
.....dan hadis diatas sebenarnya bertepatan dengan janji Allah
"Allah berfirman: 
Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan
 Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. " (At Thoha :Q020:126)


Wednesday, March 28, 2012

Haji yang memblog


Setelah sekian lama Pulang ; Sejak 17th Nov. 2011, baru ini berkesempatan memblog.
Seorang Haji yang memblog lagi .. hahaha.

Yang terkesan dari perjalanan Haji lalu, aku kini melihat semuanya terang . . Yang bathil terang bathilnya dan yang benar semakin jelas.

Pun Aku masih memohon : Ya Rabb, kekalkan aku dijalan yang lurus dan benar.
Pandu laju lah diri ini mencapai 2 Syurga!