Tatkala aku berkehendak akan anugerah 2Syurga, aku pun mengkoleksikan sebaliknya, iaini
mereka mereka yang terlarang memasuki
Syurga serta Mereka2 yang Kekal Jauh dari Syurga.
In Sya Allah
aku dengan segala kekuatan bakal
menjauhinya , menyediakan batas2 sempadan yang terang agar aku tidak termasuk dalam mereka yang terlarang' itu
i. Abu Hurairah berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada seorang pun yang masuk Syurga karena
amalannya." Para sahabat bertanya; "Begitu juga dengan engkau wahai
Rasulullah?" beliau bersabda: "tidak juga dengan diriku, kecuali bila
Allah melimpahkan karunia dan rahmat-Nya padaku" [HR Bukhari & Muslim]
ii.Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan Imam Al-Bukhari: “Dan demi nyawaku di dalam genggamannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sepenuhnya sehingga kamu sayang menyayangi antara kamu, apakah kamu suka aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu membuatnya nescaya kamu akan berkasih sayang, ia adalah memberi salam sesama kamu.”
iii. Nabi s.a.w bersab da: Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (Silaturahim) : Sahih Muslim
iv. Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a berkata bahwa Rasulullah saw bersabda,
"Seorang penipu tidak
akan masuk Surga, demikian pula orang yang kikir dan orang yang
mengungkit-ungkit pemberian.". (H.r. Tirmidzi, Misykat)
vi. Dalam riwayat muslim “Tidak masuk Syurga orang
yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.
vii. Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga,
orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).” [Muslim No
.0082]
viii.Dari Huzaifah Radiallahu Anhu, aku mendengar
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersab da
: Tidak akan masuk Syurga orang yang suka memfitnah
(mengadu domba). (Riwayat Al-Imam Muslim).
HR Ahmad
ix. Tidak akan masuk
Syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sebesar biji yang halus daripada (sifat) takabur, lalu berkata seorang lelaki: Sekiranya seorang lelaki itu suka kepada pakaian yang
elok dan kasut yang baik, (lalu) sab da
Rasulullah S.A.W lagi: Sesungguhnya Allah itu cantik, Ia suka kepada yang cantik; Takabur itu adalah
tidak mahumenerima kebenaran dan menghina orang lain."(Riwayat Muslim drp. Ibn Mas'ud)
x. Rasulullah bersab da yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk Syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).
Diatas mungkin hanya sebahagian kecil golongan yang terlarang yg sempat aku koleksikan,
Cukuplah dulu untuk ianya mengajar dan mmendidik hati aku untuk lepas dari kelompok terlarang itu...
Lalu aku pun berdoa lagi dengan doa yang pernah diucapkan oleh Mu'az Bin Jabal r.a
" Ya Rabb, Usaha ku untuk mendapatkan Syurga sangat sedikit sedangkan lariku menjauhi Neraka pula amat longlai"...Hilyah Al-Auliya
