

Seawal pagi ini aku melayari dan berkongsi kemarahan rakyat dengan kenaikan harga minyak yang terbaru. Kenaikan Rm0.78 dan RM1.00 dalam ukuran purata 41% kenaikan memang melemaskan dan terlampau.
Apa lagi pilihan kita dengan kenaikan ini? Kenaikan itu tetap buat masa ini dan hanya pilihan menangani kenaikan ini yang kita ada. Aku akan katakan pada anak anak dan isteri seta kawan kawan:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. ( Al Baqarah 2 ;155)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. ( Al Baqarah 2 ;155)
Kunci katanya sabar. Dan ketahuilah hanya di dunia je kita di suruh bersabar. Sabar tak perlu lagi Di Syurga...
Cuma Proteslah dengan cara yang terbaik sekiranya terdaya.
MAri kita bersabar dengan berita kenaikan ini dan terpulanglah untuk diri sendiri merancang kehidupan dan bersedialah pula kearah RM4.00 /liter petrol yang lebih memeritkan Ogos nanti
Ulasan aku :
Sebenarnya aku dan hampir kesemua rakyat Malaysia pun boleh menjadi Menteri dan PM kalau menangani kenaikan minyak dunia dengan menaikkan harga jualan minyak diMalaysia. Apa hebatnya keputusan ini? Alternative menangani kenaikan minyak dunia ini ada beribu terutama bagi kita Negara pengeluar minyak dan kenapa kenaikan 41% yang dipilih : semakin buntu aku memikirkan kebuntuan pemimpin kita..
Buntu dan keliru lagi aku memikirkan penarikan (Hanya selepas 48 jam diumumkan) penjualan minyak kepada warga asing sekitar 50Km disempadan yang ditarik balik.
Kelegaan dipihak siapa?
arkk.....rupanya pemimpin aku tidak seperti yang aku harapkan, tidak lebih bijak dari aku!!