Sehinggalah dua minggu lepas, seorang rakan memanggil dan bertanya perihal dompet kulit. Dia memperolehi souvenir' dompet dari Client' diArab Saudi. Cantik buatannya malangnya dompet itu berkulitkan 3 titik : kulit babi.
Subhanallah : rupanya Allah mengutuskan seorang sahabat untuk aku memeriksa kembali dompet aku - dan confirmed' ianya sama : kulit bertitik 3 - kulit babi.
Allah rupanya tidak membiarkan kita terus lupa. dalam banyak perkara lupa menjadikan kita seakan terkecuali dari dosa : lupa dan makan ketika berpuasa , lupa dan tak solat serta macam macam lupa.Allah mengingatkan aku melalui seorang sahabat- Hebatnya Allah dan kusut masainya aku menguruskan kehidupan dunia.

Dan teringat doa panjang selepas solat tuh....
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami...........( Albaqarah -Q02;286

Arkk,, aku sebenarnya baru memahami bahawa Alah mengurniakan kita isteri, anak2, keluarga , kenalan dan sahabat rupanya sebagai agent peringatan ketika kita lupa....Allah menjaga kita dengan mengurniakan kita sahabat dan kenalan...Ermm lebih bertuah kita dari Nabi Adam rupanya..
2 comments:
apakah hukum kalau kita tau benda tu kulit babi lepas kita gunakan?? perlukah samak seluruh badan??
yang terbaru dan yang ingat hendakla disamak. kalau dah lama dan tak ingat tak perlu difikirfikirkan - Bersangka baik atas pengampunan dan keringanan dari Allah.Wallahualam
Post a Comment