Wednesday, November 19, 2008

Mustahziin ii


Berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya: Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana dia menegaskan: Tuhanku ialah Allah? Sedang dia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu? Kalau dia seorang yang berdusta maka dialah yang akan menanggung dosa dustanya itu dan kalau dia seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta [Ghaafir ;Q040 -028]


Diatas adalah ungkapan kata Syaidina Abu Bakar kepada Uqbah B Abu Mu'aith tatkala peristiwa Uqbah sedang menjerut leher nabi. Celakalah Uqbah dahulu dan Uqbah zaman kini yang ingin berkeinginan menyakiti Nabi Muhammad saw.

Uqbah sebenarnya pernah mengucap kalimah shahadat didepan nabi disebabkan dalam satu majlis Uqbah, nabi menolak untuk makan selagi Uqbah tidak mengakui akan keimanan. Uqbah berasa malu dan seakan terpaksa mengucap kalimah shahadah. Peristiwa ini diketahui oleh gang beliau yang kemudiannya ingin memulaukan beliau selagi Uqbah belum memijak mijak tengkuk Nabi.

Cabaran ini disambut oleh Uqbah dan terjadilah peristiwa diatas. Kerana kawan Uqbah tersenarai dalam golongan Mustahziin kelas pertama., dan berpa ramai antara kita juga pernah dan akan kecundang disebabkan kawan?


Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! . Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya). [ Al Furqa ; Q 025 ; 28-29]

No comments: