Thursday, January 22, 2009

Zalim penghalang Kesyurga


Zalim, adalah kata kata yang sinonim dengan Perilaku kebanyakan Yahudi yang terlibat dalm penyerangan keatas Gazza. Tapi kita pun sedar sifat zalim itu ada pada diri diri kita dan Sifat Zalim adalah salah satu penghalang untuk kita memasuki Syurga.
Nabi Adam Di beri amaran akan diklasifikasikan sebagai Zalim oleh Allah sekiranya menghampiri pohon Khuldi dan kerananya sepanjang hayat nabi Adam tak putus putus dengan doa penyesalannya agar tidak di golongkan sebagai zalim :
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (AlA'raf -Q07;23)

Apakah itu zalim?
Mengikut tafsir ulamak , zalim berlawanan dengan adil iaini meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang selayaknya. Zalim dari kata dasar yang bermaksud kegelapan terbahgi kepada 3:
1. Zalim kepada Allah - Dengan mengenepikan larangannya ( Seperti Kes nabi Adam ) ataupun tidak mengikuti suruhanNya "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" ( Al Baqarah -Q02:229)
2. Zalim terhadap Rasulullah saw - Tidak mengenali sirah/sunnah serta memperlekeh-lekehkan sunnah Baginda.
3.Zalim terhadap diri sendiri dan sesama makhluk dengan tidak menunaikan hak yang sepatutnya

Usahkan Zalim , menyokong kezaliman pun bakal menjadi penghalang untuk keSyurga. Sokonglah ISA, sokonglah sahabat dan pemimpin yang zalim dan nanti akan terhumban kamu ke Neraka.
"Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli Neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim" ( AlA'raf -Q07 :47)

Jadikanlah peristiwa Gazza ini sebagai penilaian tahap kezaliman kita. Kita bisa sahaja menderma untuk Gazza tapi mengikis kezaliman dalam diri itu lebih dituntut.Membasmi kezaliman dalam diri itu seumpama Menghalang penghadang jalan keSyurga..Biarlah Jalan menuju Syurga itu terang - tak berliku dan tidak terhalang.

No comments: