Tuesday, December 21, 2010

Aku tak sombong bongkak

كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ

( Ghafir Q40;34)

Demikianlah Allah mengunci mati hati

orang yang sombong dan berbuat sewenang-wenang.

Thus does Allah seal over every heart

[belonging to] an arrogant tyrant

Tuesday, November 23, 2010

Q:022 - Al Hajj


Membelek Surah ke 22 : Surah Alhajj keakhir. Baru sedar ianya diikuti kemudiannya surah ke 23, surah Almukminun.
Tersusun rapi : Dengan haji yang mabrur Muslim bakal mengupdate diri kearah next level dan menjadi seorang Mukmin.
Ya Rabb,
Sampaikan hajat Hajj ku dimusim hadapan/2011 , kerana aku sentiasa berkeinginan akan keberuntungan"
م
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,(1) (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, (2) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, ( Q23 : Al Mukminun )





Friday, October 22, 2010

Fitrah


Fitrah itu semulajadi ; original
Manusia fitrah nya ikhlas, tanpa dosa etc. tercemar dengan dunia serta gangguan syaitan
Insya Allah , Aku sudah kembali kepada fitrah pada 1 Syawal lepas :dan kini sudah kembali tercemar sekalipun masih rasanya belum tersasar.
Yelah... Quality serta Quantity ibadah takkan sama jika dibanding dengan Quantity / Quality ibadah dibulan Ramadhan.

Aku rindukan Ramadhan tambahan lagi melihat satu persatu kawan2 berangkat untuk haji ( yang juga kesudahannya kearah fitrah)

Friday, October 8, 2010

Membeli kematian..


Semalam terbaca sebuah 'statement'
-Seandainya jika kematian itu ada dijual di Pasar , maka orang yang mencintai Allah pasti akan membelinya-

Kerana ia bukan dari Qur'an dan bukan jugak hadis, aku teragak untuk bersetuju!
Bukan mati sebenarmya topic utama, yang lebih utama ialah apanye' selepas kematian.

Ahhhhh
Sekiranya mati dan tua bukan sesuatu yang dipaksakan Allah keatas kita, takkan ada yang akan bercerita bab kematian dan tua.....
Sukran..
kerana iktibar dari paksaan itulah, kita mencari kebaikan : fakir terhadap segala kebaikan! seperti doa Nabi Musa ( al Khasos Q28; 23)
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
"Ya Tuhanku sesungguhnya aku fakir terhadap apa jua kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku".

Thursday, September 2, 2010

24 jam di Ramadhan


Aku rasa....24 jam diRamadhan tak sama 24 jam dibulan lain
Aku pun jadi macam tak faham : while orang lain seems relex je controlling masa diRamadhan
Aku yang struggle nak melancarkan 24 jam tuh...

24 jam Ramadhan seakan akan tak cukup , mana nak antar anak demam lagi, kejar kerja lagi , pasar Ramadhan lagi ( hehehe ) , Kejar macam macam dah akhirnya terhangguk hangguk ber Terawikh.
Masa ni aku Macam nak amik cuti ataupun berhijrah ke middle east jer.....

Ark ..Masa itu kan benda Ghaib!
dan aku Percaya 24 jam di 10 Ramadhan terakhir ini akan Allah melancarkan semua urusan dan aku tidak terhangguk hangguk lagi ber Terawikh.
Jalan lurus dan Clear akan untuk aku mencari keampunan akan terbentang ..
Insya Allah

Wednesday, August 18, 2010

Doa ku dimakbulkan lagiee




Hari ini berada di 8 Ramadhan. Sedar lah aku yang Doa aku diAkhir Ramadhan yang lalu telah Allah Makbulkan. Jazakallah !

Masih ingat diakhir Ramadhan yang aku , aku berkeinginan bertemu Ramadan kali ini.
dan nanti di Ramadhan akhir kali ini pun aku akan berdoa lagi untuk bertemu Ramadhan akan datang.
Berulang ulang peristiwa ini setiap tahun dan Allah masih memakbulkan doa aku.
Cumanya ....
Syukur aku terlalu sedikit untuk limpahan umur yang sebanyak ini !!

Friday, May 7, 2010

INsan terpilih

Kalau bukan kerana sebuah photo dari hp, Aku mungkin terlupa kenangan bersama insan istimewa ini.
Maaf tok guru, Ana solat terkehadapan dari shaf Tok guru!
Mesjid Nabawi : 6 April 2010 Time ; 4:40 pagi.


Tuesday, April 27, 2010

Medina April 2010

Awal April di Madinah, Melakukan ziarah "Aula ke Makam Nabi SAW
Aku jatuh Cinta dengan Madinah, Kota romantic dan nostalgic yang menyambut kedatanganku dengan hujan renyai yg terindah
Spontant !
- Kasihku tertumpah di Mesjid Nabawi
- Hatiku ( sebenarnya Jantung) tersedu di Taman Raudah
- Janji tersimpul di Makam Nabi Saw.
- Iman berganda di Makam AsSidiq
- Peribadi bermotivasi Di Makam AlFarouq : Idola Ku
- Jiwa memberontak di Makam Saidina Hamzah
DAN AKU...
INGIN MENGEKALKAN SEMUA PERASAAN ITU
SEHINGGA ZIARAH KEDUA NANTI....









Mecca 2-16 April 2010

Kenangan perjalanan mencari keampunan....
































Wednesday, March 31, 2010

Aku seekor burung


Tiba tiba aku berkeinginan menjadi seekor burung. Bukan fizikal tetapi ber"hati"kan burung:
Dari Abu Hurairah radiyallahu’anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Akan masuk surga suatu kaum, hati mereka seperti hati burung” (HR. Muslim)

Dari Umar al Khatab radiyallahu’anhu, bahwasannya beliau mendengar Rosulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Andaikan kalian tawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya Allah akan memberi rizki kepada kalian seperti memberi rizki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang sore hari dengan perut kenyang” (shahih Tirmidzi)

“Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman” (Al-Maidah : 23)

“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (QS. At-Tholaq : 3)

10 hari...


Semenjak tertangguh 24th March lalu, InsyaAllah di Malam hari jadi nanti : awal pagi 2 April akan berlepas dari KLIA

LaibaikAllah Humma Labaik ,

Aku ingin menjeritkan seruan itu.....dengan segala kekuatan!

Monday, March 22, 2010

Allah pun Menagguhkan...





Keinginan untuk ber' Umrah tertangguh hari ini. Visa / permit to enter yang tersangkut di kedutaan jadi penghalang. Perancangannya 24 March ini akan Berziarah ke Madinah seterusnya menunaikan umrah Di Mekah.

Allah sebenarnya yang menangguhkan keinginan , perancangan dan perjalanan ini.
Allah menangguhkannya
Mungkin kerana aku belum bersedia !
atau mungkin
Allah menagguhkan aku kesatu tarikh lain yang lebih baik untuk aku
Perumpamaan Allah adalah pengajaran terbaik :
ahhh.... aku pun bukan tak biasa menagguhkan kebaikan !

Monday, February 22, 2010

Hebatnya Keampunan Allah.


Dari Riwayat Al Imam Al tarmizi ; Beliau berkata ini adalah hadis Hasan sahih
Daripada Anas R.A,
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda

“ Allah Ta’ala berfirman : Wahai anak Adam ! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli.

Wahai anak Adam! Seandainya dosa dosamu banyak sehingga mencecah awan dilangit kemudiannya engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu.

Wahai anak Adam! Sesungguhnya sekiranya engkau datang mengadapku dengan dosa dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapku tanpa engkau mensyirikkan AKu dengan sesuatu nescaya Aku akan mengurniakan keampunan sepenuh isi bumi.


Wahai diri

Hebatnya keampunan dan berasa malulah untuk memperbuat dosa!!

Thursday, February 18, 2010

Blurrrrrrr...


Hari ini aku terbaca sebuah hadis dan seakan terasa bersalah.....aku banyak sangat mengimpikan Syurga , siap 2 lagi!

Dalam Sahih Muslim , dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda

"Jika seseorang muslim tahu hukuman yang ada disisi Allah tentulah tiada seorangpun yang mengimpikan syurgaNya. Jika orang kafir tahu rahmat yang ada pada Allah tentulah tiada seorangpun yang berputus asa untuk memperolehi SyurgaNya"

Lemahnya aku , hadis dah translated kebahasa melayu pun boleh buat aku blurrrr..
Mana nak cari guru ni...

Tuesday, February 9, 2010

menangislah....

Menangislah
Sekiranya tangisan itu adalah sebuah penyesalan
Menangislah
Sekiranya ada anugerah pahala dan kebaikan daripadanya
Menangislah
Kerana titis titis air mata itu bisa memudahkan jalanmu keSyurga

Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? ( An Najm : Q / 053 : 060)