Monday, February 22, 2010

Hebatnya Keampunan Allah.


Dari Riwayat Al Imam Al tarmizi ; Beliau berkata ini adalah hadis Hasan sahih
Daripada Anas R.A,
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda

“ Allah Ta’ala berfirman : Wahai anak Adam ! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli.

Wahai anak Adam! Seandainya dosa dosamu banyak sehingga mencecah awan dilangit kemudiannya engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu.

Wahai anak Adam! Sesungguhnya sekiranya engkau datang mengadapku dengan dosa dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapku tanpa engkau mensyirikkan AKu dengan sesuatu nescaya Aku akan mengurniakan keampunan sepenuh isi bumi.


Wahai diri

Hebatnya keampunan dan berasa malulah untuk memperbuat dosa!!

No comments: