Sunday, December 21, 2008

Singkatnya Sebuah Kehidupan....

  1. Hari ini sudah 22 Dec, dan masa macam berlari, seakan semalam baru tahun baru Jan 2008. Kalau zaman darjah 2, 3, 4 dulu nak habiskan setahun tu penatnyerrr..tapi sekarang - Masa terlalu singkat. Rupanya Masa yang disebut dalam Surah Al'asr adalah berupa satu benda Ghaib, Yang hanya Allah berpengetahuan luas tentang nya. Ibnu Mas'ud dalam menerangkan surah "masa ini mengatakan bahawa Al'Asr ini merupakan satu surah yang menggambarkan keseluruhan isi Al Quran.
  2. 24 masa untuk saya dan 24 jam masa saudara tidak sama panjangnya. Tidur 1 jam dan tidur 5 jam tak pasti mana yang memberi kepuasan. Masa Didunia, Alam Kubur dan Padang Mahsyar pun tertentu dan hanya dibawah pengetahuan Allah.Ramai mereka2 yang tak menyedari Ke"ghaiban masa ini kecewa menghuraikannya. Kesudahannya berpendapat Siksa kubur, Hari perhitungan dsb tidak ada sehingga mereka kekal jauh dari Rahmat Allah

Singkatnya kehidupan dunia, sekejap sahaja dah melewati usia remaja, sekalipun kamu berlari, masa akan tetap menghambat kamu dan tiada keseudahan serta tiada tempat lagi untuk bersembunyi. Ada satu sahaja pilihan ; redza dan patuh yang hidup ini singkat, dan berusaha mencari bahagia di kehidupan yang lebih panjang dan kekal.

(Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat. [At-Taho ; Q020 - 104]

Monday, December 15, 2008

Dec2008 yang Lara...


Dec ni, ada sedikit kecelaruan yang membuat aku berfikir secara dalam : usia dah lanjut rupanya....

2 Dec lalu atas jemputan kenalan, aku keSuntec Singapura menghadirkan diri dalam OSEA exhibition'. Dari jam 3 hingga 6 berada diSuntec Building tuh, taklah Sophisticated sangat : sejuk teramat pasal kat luar hujan : mana pergi nya AC stabilizer /sensor : taklah hebat - banyak building kat Mesia hebat lagi . Menggigil sepanjang session hari itu : Dan ketika itu jugak aku rasakan teramat lemah : sakit segala sendi , lapar, menggigil beserta semua kesakitan. Kemudiannya terus ke Changi airport untuk Air Asia 945 malam. Dalam Air Asia request 3 benda, air suam, panadol dan selimut : Baru tahu , Air Asia takde selimut... Nampak je macam ok rupanya selimut pun takde Air Asia ni, end up..sepanjang perjalanan menggigil bertahan agar tak mati dipangkuan Pramugari Air Asia..hehehehe

Malam tu sampai dirumah hampir jam 12 dan tidor dalam keresahan dan kesakitan: Paginya Ke Hospital Putrajaya dengan target nak masuk ward. lebih 3 jam menunggu untuk mendapatkan rawatan..huh satu penyeksaan dan nyaris aku jeritkan semua petugas yang ada disitu ..cumanya faham Masa tu la sebenarnya kena sabar, bukan sabar di waktu senang : Diwaktu senang kena syukur...1 hari di "day care centre' hari tuh, sempat masuk air dalam badan 2 botol. dan MC 2 hari. Tima kasih para doctor..

Beberapa rawatan susulan serta sample darah diambil sepanjang minggu itu, Seakan deman Cikungunya?? dan sehingga hari ini sendi 2 masih lagi bisa :

Yang menariknya dan terkebetulan, Jam 2 petang semasa diSingapura hari tu, wife sms kata dia beli ketam n nak masak sup ketam special untuk aku. MasyaAllah aku baru sedar, Allah memberi aku sakit dan dalam masa yang sama Allah memberikan aku penawar. Sup ketam, Air buah Ciku 100 Plus semua itu dikatakan penawar bagi demam Cikunya" ni..Wallahualam.

Menarik perjalanan diawal Dec ini.. Semoga DOsa aku akan banyak tercuci dan terhapus dengan sedikit sakit dan lara ini......

Thursday, November 20, 2008

kuiz Ke Syurga....

Kali ni Kuiz nak masuk syurga pulak. Siapa yang jawab 100% betul belum tentu masuk syurga, cumanya ada tanda tanda berkeinginan nak masuk Syurga! Ada tanda tanda berilmu dengan ilmu Syurga : Nak masukkan Kamu kedalam Syurga , Itu Kerja Allah dan takde sapa sapa boleh "overules Allah Azzawajalla..

Saidina Ali Kata : " Nak hidup kena ada Ilmu hatta Nak Masuk KeSyurga pun kena ada Ilmu"

  1. Apakah Nama syurga yang banyak disebut dalam Quran?
  2. Siapakah yang bakal mewarisi syurga Jannatun Naim?
  3. Apakah nama hidangan untuk ahli Syurga ?
  4. Apakah hidangan untuk penghuni Neraka?
  5. Apakah pintu nama pintu Syurga khusus untuk orang yang berpuasa?
  6. Berapakah Umur penghuni syurga lelaki dan perempuan?
  7. Surah apakah surah yang paling banyak menceritakan perihal Syurga?
  8. Apakah nama Malaikat penjaga Syurga...soklan untuk yg baru Baliqh
  9. Berapakah pintu Syurga?
  10. Apakah satu satunya Amalan yang manusia, malaikat dan Allah buat
  11. Apakah kekuatan penghuni Syurga
  12. Apakah anak kunci nak masuk Syurga
  13. Golongan VVIP yang manakah akan diberi pilihan memilih masuk pintu syurga kelak....
  14. Apakah nama kitab catatan bagi bakal penghuni Neraka?
  15. Apakah nama kitab catatan untuk untuk bakal penghuni Syurga?
  16. Apakah nama Mata air diSyurga?


jawapan :

  1. Syurga Adn' ( Jannautun Adn'n 7 kali disebut dalam al Quran}
  2. Nabi Ibrahim ( AsSyura 85 )
  3. "Manna" dan "Salwa",
  4. Azzaqum dan air mendidih .( AnNaba' :Q078-25) ....
  5. Ar-Rayyan
  6. 33Th bagi Lelaki ( Umur Nabi Ibrahim ketika mendirikan kaabah) dah 18th bagi Perempuan
  7. Ar Rahman
  8. Malaikat Redzuan
  9. Ada khilaf : sekitar 7 & 8 Sahaja
  10. Bersalawat (alAhzab :Q33-56)
  11. 70 ke 100 kali horse power ....
  12. Taubat.
  13. perempuan yang taat..
  14. Sijjiin (AlMutaffifin :Q083 : 07)
  15. Illiiyyin(AlMutaffifin :Q083-18)
  16. Al Salsabil ( AlIhsan : Q076 -18)

Wednesday, November 19, 2008

Mustahziin ii


Berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya: Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana dia menegaskan: Tuhanku ialah Allah? Sedang dia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu? Kalau dia seorang yang berdusta maka dialah yang akan menanggung dosa dustanya itu dan kalau dia seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta [Ghaafir ;Q040 -028]


Diatas adalah ungkapan kata Syaidina Abu Bakar kepada Uqbah B Abu Mu'aith tatkala peristiwa Uqbah sedang menjerut leher nabi. Celakalah Uqbah dahulu dan Uqbah zaman kini yang ingin berkeinginan menyakiti Nabi Muhammad saw.

Uqbah sebenarnya pernah mengucap kalimah shahadat didepan nabi disebabkan dalam satu majlis Uqbah, nabi menolak untuk makan selagi Uqbah tidak mengakui akan keimanan. Uqbah berasa malu dan seakan terpaksa mengucap kalimah shahadah. Peristiwa ini diketahui oleh gang beliau yang kemudiannya ingin memulaukan beliau selagi Uqbah belum memijak mijak tengkuk Nabi.

Cabaran ini disambut oleh Uqbah dan terjadilah peristiwa diatas. Kerana kawan Uqbah tersenarai dalam golongan Mustahziin kelas pertama., dan berpa ramai antara kita juga pernah dan akan kecundang disebabkan kawan?


Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! . Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya). [ Al Furqa ; Q 025 ; 28-29]

Tuesday, October 28, 2008

Golongan " MUSTAHZIIN"

Dipenghujung Shawal kali ini aku baru mengerti golongan Mustahziin", iaini puak puak yang kerjanya mengejek, mempersendakan serta ,mengolok olokkan bab beragama. Secara khusus nya ia mungkin mengejek Allah, Rasul, Al quran dan juga segala bentuk ibadah-ibadah termasuk Hari Raya Aidul Fitri yang baru lepas.
HAiran apa kita dengan puak MUstahziin" ini ? mereka akan ada sepanjang zaman dan tidak pernah mengambil iktibar dari sirah dan sejarah.
Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu. AlQuran, AlHijr -Q15:95
Mustahziin" lahUqbah Bin AbuMu'aith yang hampir2 menjerut leher nabi, Mustahziin jua Abu Lahap, Salman Rusdi serta pengikut2 mereka yang menyentuh hati hati orang beriman dengan kata2 ejekan.
Aku mula memikirkan golongan "Mustahziin dizaman ini... Merenung setiap perbuatan dan perkataan umat akhir zaman ini amat mengerikan semuanya kearah budaya Mustahziin".- Bukan Kategori Mustahziin" ke mengadakan hiburan berat sepanjang HAri Raya?( memperolok olokkan hari yang sepatutnya dipenuhi dangan takbir dan tahmid)
Dengan Mengenal erti Mustahziin" aku akan berusaha menjauhinya dan akan lebih serius dan fanatik dalam beragama ! AllahuAkbar.

Friday, October 17, 2008

Datuk untuk Sihaprak oleh si haprak


Aku cukup menyampah dengan isue ini. Mengurniakan pemberian yang kununnya berharga oleh seorang haprak untuk seorang haprak.

Apalah gunanya Menghargai seseorang yang kununnya berbakti walhal status keimanan dan pendiriannya terhadap Islam pun boleh dipertikaikan.

Bodohnya dan hapraknya Kamu wahai Ali. Kamu merendah mentality pemimpin. Rupanya Rustam itu adalah bahasa hindi jugak...apa maknanya yea?

Gua rasa maknanya Raja segala haprak...

Thursday, October 9, 2008

Hari Raya seorang Hamba



Syawal menjelma, dan sukarnya untuk berhari raya sebagai seorang hamba.
Sekalian Muslim bergembira ada yang sampai ketahap berpesta dan lupa status seorang hamba...
dan selagi kita bukan Kekal berjiwa hamba, Allah melarang kita memasuki syurga.

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu [Al-Fajr -Q 089 : 28-30]

Thursday, September 25, 2008

Singkatnya Ramadhan



Singkatnya Ramadhan
(Dan panjangnya lagi pencarian taQwa...)

Singkatnya Ramadhan ini
Sesingkat Malam pengantin
Belum reda ghairahku
ketika kokok ayam bergema...

Singkatnya Ramadhan ini,
Sesingkat Bermalam diMina
Dingin hawa belum sebati dalam diri
Dan aku belum benar benar di uji....


Singkatnya Ramadhan ini
Sesingkat Terawih bersama Syeik AsSudais
Hinggakan belum terasa kemas qiam ku
Belum mesra sujudku
Belum bermula pengabdianku

Singkatnya Ramadhan
dan Panjangnya lagi pencarian TaQwa
Atas yang apa terdaya usaha ku..
Bakinya ku sandarkan padaMU



Ramadhan 26 : 1429H

Dua kaki Untuk Paklah......



Ramadhan ke 26 ini aku ingin meletakkan kedua penumbuk dan tapak kaki aku tepat kemuka DrM, Pak Lah dan sesiapa sahaja yang masih percaya kebaikan ISA serta menyumbang ke arah pelaksanaan akta ISA.

Aku seorang ayah terharu dengan kisah anak ini. Aku percaya Satu hari anak ini kan dewasa dengan kebencian yang lebih mendalam kepada semua penguasa dan pemerintah yang zalim.

Hari ini dan saat ini kamu sedang bertelagah sesama kamu. Ianya hanyalah satu permulaan era kesengsaraan bagi puak2 kamu dan banyak lagi akan bakal menyusul....

Selamat Hari Rayalah jugak untuk semua penguasa dan pemerintah yang zalim ini..Semoga diHari Raya kelak kesan tapak2 kaki aku masih melekat dimuka Kalian...Golongan Haprak Negara.

Monday, September 22, 2008

Lailatul Qadr yg Shahdu

Melalui Hari ke 23 Ramadhan sudah., Surveyla..ramai orang lebih berilmu tentang bilanya jangkaan malam lailatul Qadr berbanding pengisiannya . Aku pun begitu, mana mana tazkirah, ustaz sibuk cerita bilanya bukan apanya nak dibuat...entahlah. Malu teramat rasanya di usia sebegini masih mencari cari dan memilih milih malam untuk mendekatkan diri dengan Allah. Cukuplah panduan dari Nabi , ianya pada malam ganjil dan keutamaan pada 10 yang terakhir, selainnya aku mahukan ilmu untuk mengisinya.

Apa yang aku rasakan perlu adalah, Mengerjakan solat Isyak dan subuh berjemaah disamping sunat sunat dan tadarus ( sekarang mula bertadabur pula) serta doa.

Dan apa yang aku inginkan pula adalah merasa ketenangan Al-Qadr- kesyahduan yang mana bila berdoa dan sujud aku lebih dekat dengan Allah dan air mata ku pun berguguran mengiringi gugurnya dosa2 aku yang lampau dan yang akan datang.

Aku tak terfikir pun untuk melihat pokok sujud dan benda pelik pelik kerana aku percaya tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu yang pelik untuk menemui malam Lailatul Qadr

Apapun , Vocal Syeik Abd Rahman AsSudais ini cukup menggetarkan hati aku.semakin nyaring semakin shahdu rasanya...

Monday, September 15, 2008

Ulangtahun ke 2 diRamadhan 18.

Nama : Ahmad Miqdad Bin Ahmad
Tarikh lahir : 18 Ramadhan 1427 melalui pembedahan

- Dua bulan sebelumnya bersama Mimie bermukim Dihospital, posisi kamu terkebawah sangat ketika itu.
- Sebelumnya pada17 Ramadhan , Maid" pulak melarikan diri, kelam kabut yang amat sangat dikala menunngu ketibaan kamu..
- 20 Ramadhan , Masuk wad lagi selama 2 hari kena penyakit kuning..


- Hari ini 18 Ramadhan 1429 : genap 2 tahun !! Selamat ulangtahun untuk seorang lagi pendokong perjuangan jihad.....
Kenapa ayah kamu menamakan kamu Miqdad ? Terlalu hebat manusia bernama Al Miqdad** , kecintaannya terhadap jihad terlalu mulia dan ungkapan serta semangat jihadnya dicemburui oleh para sahabat. Ungkapan jihadnya ini akan terus selari degan peruangan jihad sepanjang zaman... Ungkapan menjelang perang Badar al Qubra yang juga jatuhnya 17 Ramadhan.


"Wahai Rasulullah, teruskanlah dengan apa yang telah Allah perintahkankepada engkau , kami akan bersamamu . Demi Allah, kami tidak akan katakan pada mu sebagaimana yang telah dikatakan oleh Bani Israil kepada Musa : pergilah engkau Musa dan tuhanmu berjuang , kami akan tetap disini ( enggan membantu mu) , akan tetapi kami akan katakan pada mu wahai Rasulullah : pergilah engkau dan tuhanmu berjuang, kami akan bersama-sama mu ikut berjuang”



Dan hari hari berikutnya........



Dan hari ini kamu sudah berusia 2 tahun, Bukan lagi seorang baby..Besarlah kamu sebagai seorang islam, berilmu serta hidup mati dengan ajaran islam. Berlapang dada lah sepanjang kehidupan kamu kerana Allah menyayangi kamu seumpama Allah menyayangi Al-Miqdad b. al-Aswad...


Nota :


**http://www.al-islam.org/ : lebih kearah web syiah : Tapi Kisah AlMiqdad ini boleh diterima. Ianya tambahan sahaja.



Wednesday, September 10, 2008

Marah Di Ramadhan ke 11




Hari ini aku cukup2 marah. Tragedi tragis ke atas keluarga Tuan Hj Yusof di rumah mereka di D'Kayangan, Seksyen 13 Shah Alam betul betul membuat aku marah
Urutan Kemarahanku :
1. Pendatang2 asing yang tak tahu untung - Termasuk Penguasa2 rasuah yang bersangkutan dengan kelulusan serta pemantauan keatas Pendatang (PATI) - Imigresen, Polis, Majlis daerah dll.
2. Menteri Dalam Negeri yang kerjanya beri amaran jer- Termasuk jugak penguasa2 yang betanggungjawab keatas keselamatan tetapi sibuk kutip rasuah.
3. Siapa siapa yang tak terasa marah kepada dua dua puak diatas.

Harapan dan doa, Keluarga Tuan Haji boleh bersabar dan bertambah keimanan dengan ujian ini.
dan untuk 3 puak diatas tu, semoga Allah mengurniakan kamu keinsafan.
Dihari ke 11 ramadhan aku berasa marah atas kepayahan2 saudaraku disebabkan adanya golongan yang tidak menunaikan amanah. Pernah kah kamu terfikir pisau dileher kamu tatkala kamu tidor? dan mereka yang mengacukan pisau itu sepatutnya tidak berada diMalaysia kalau bukan kerana kamu pendokong amalan rasuah?

Hari ini juga aku mengklasifikasikan Menteri dalam Negeri : Syed Hamid Albar dalam senarai Haprak NegaraKelas pertama kerana -
- Kamu gagal menunaikan Amanah dan tidak kelihatan berminat menunaikan amanah yang diberikan.
- Kamu gagal menjaga keselamatan rakyat Malaysia serta tidak kelihatan berusaha kearah itu.
- Kamu lebih suka melibatkan diri dalam mengawal penyokong Pakatan Rakyat dari memantau pendatang PATI

Monday, September 8, 2008

Lagu Berserah diri....

Dah hampir tamat 10 hari pertama, Hari hari yang penuh Rahmah : InsyaAllah',
Sessi kedua pulak sessi berlumba mencari Maghfirah - Keampunan dari Allah' melalui amalan amalan baik dan doa /zikir.
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar ( Al Hadid :Q57-21)
Ni "zikir favorite aku gak... Kadangkadang makin aku jeritkan kuat dalam perjalanan pulang makin menderu air mata......
Mendatangi Ramadhan dan berserah diri ....
Bersama keinsafan Masa yang silam...
KeampunanMu ku harapkan.....
Tiada dayaku menghindarkan........
Kesalahan dan Dosaku hanya Engkau yang tahu.......
DiRamadhan Ini Kabulkan Doa Ku......
Di Ramadhan ini Ampunkan DOSADOSA Ku.......

Thursday, September 4, 2008

RaMadhan Bulan Syurga...

Ramadhan Adalah umpama jalan yang lurus terus kePintu Syurga "Ar-Rayyan". Lebuhraya sehala yang cerah, tiada kabus/jerubu dan simpang siurnya pun takkan ada Syaitan melambai... Mudah kan perjalanan menuju syurga dibulan Ramadhan ini ?...
Package perjalanan "3 in 1" dimana Awal perjalanan adalah rahmah pertengahannya keampunan dan akhirannya Jaminan untuk bebas dari api Neraka. Rahmah kasih sayang Allah melimpah melebihi hari lain sepanjang 10 hari pertama perjalanan Ramadhan : Semuanya bermula dengan 10 hari yang pertama.Dengan rahmah Allah semua nyer mungkin sekalipun untuk memperoleh 2 SyurgaNya nanti...
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Iyer...... Manusia bebas memilih. Sesiapa yang berilmu dan faham akan memilih Ramadhan sebagai jalan mencari rahmah dari Allah, manakala Sesiapa yang kekal enggan akan teruslah menempah NerakaNya kerana Sabda untuk Nabi " Semua UmatKu akan masuk syurga kecuali orang2 yang engkar( yang menolak suruhanku).

Tak caya lagi Ramadhan Bulan Syurga?. Pergi check bacaan doa sepanjang solat terawik dan solat witir. Kesemua doanya kearah nak mintak Syurga.....
Dengan rahmah Allah serta berkat makbulnya doa aku sepanjang Ramadhan ini; Aku bersangka baik yang kelak Allah akan mengurniakan aku 2 Syurga.....Amien.




Thursday, August 28, 2008

MAdrasah Ramadhan

3-4 hari lagi aku akan mendaftarkan diri kembali ke"Madrasah Tuan Haji Ramadhan". Setiap tahun pun begitu, Tak pernah ponteng dan dengan rela ingin mengikuti semua pengisian dan pengajian di Madrasah ini. Sememangnya bakal perit, lapar dan penat mengharungi kehidupan di Madrasah Tuan Haji Ramadhan ini, tetapi itulah pencarian Taqwa- Muslim wajib mencari Takwa dan istiqomah dengannya sekaligus pencarian Taqwa sebenarnya adalah perisai dari ancaman kejahatan dalam diri. Proses mencari Taqwa itu antaranya adalah
  • Melibatkan diri dalam kesemua 5 waktu tutorial setiap hari tanpa ponteng
  • Menghadiri seminar mingguan setiap Jumaat.
  • Ber kem di Madrasah Tuan Haji Ramadhan selama sebulan dan mengikuti program latihan yang tertentu.
  • Ber"uzlah di Baitullah
"Selamat datang Ke Madrasah Tuan Haji Ramadhan" signboard bakal mengusik hati, nurani serta iman dalam dada aku. "Ramadhan" , berpuasa" serta " supaya bertakwa" signboard juga bakal tertera di pintu masuk Madrasah Tuan Haji Ramadhan
Aku akan berada disini dengan rela, ikhlas dan mengharapkan akan jadi Manusia dan Lulus dengan cemerlang kali ini yang sebelumya aku sering gagal.....



Wednesday, August 20, 2008

Laknat dari Allah


Bila mana kecoh dengan sumpah laknat. Aku mula mencari cari istilah itu, bersumpah yea tetapi sumpah laknat seakan lain macam bunyinya. mungkin itu istilah TV3 bukan istilah islam.
Bersumpah untuk dibalasi laknat sekiranya berdusta? tak perlu bersumpah pun laknat allah tetap untuk mereka yang berdusta ( tidak menafikan perlunya bersumpah untuk isteri yang dituduh curang)
Dari himpunan Alquran, Sah golongan berikut akan mendapat Laknat Allah. Laknat Allah itu merangkumi dunia dan akhirat. Tidak ada kisah mendapat laknat didunia tetapi diakhirat mendapat rahmah. Jauhkan kami ya Allah dari golongan berikut:
  • Golongan Kafir /engkar
  • Orang2 yang berdusta dan menyebar berita dusta
  • Orang2 yang zalim
  • Golongan yang membuat kerosakan dimukabumi
  • Pencabul perjanjian
  • Orang Munafik dan berpenyakit ragu2 dalam hati
  • Kaum Aad & Kaum Nabi Hud

Dalam bahasa mudah laknat tu adalah terkecuali dari rahmat Allah, walhal Rahmat Allah itu sesuatu yang tak terbeli oleh dunia dan seisinya, Sekaligus mendapat laknat Allah bermakna dilaknat juga oleh sekalian umat manusia, malaikat serta sekalian makhluk Allah .

Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan. (Hud - Q011 :99)

Jika orang lain dengan rela berkata sekiranya berdusta dia rela mendapat laknat Allah, Aku pulak lebih suka berkata dan berdoa " Sekiranya aku berdusta ampunkanlah aku dan jauhkanlah aku dari Laknat Mu, jauhkanlah keturunanku dari Laknat Mu, tak akan berdaya aku menghadapi laknat Mu"

Laknat Allah tetap menimpa setiap orang yang berdusta.. penawarnya dengan taubat dan meminta ampun...


Wednesday, August 13, 2008

Allah menjaga aku........

Sebulan yang lalu aku membeli dompet dari seorang Negro yang menjaja barangan kulit.Tak pernah terlintas untuk memeriksa detail dompet tu, dan terus digunakan selepas itu.
Sehinggalah dua minggu lepas, seorang rakan memanggil dan bertanya perihal dompet kulit. Dia memperolehi souvenir' dompet dari Client' diArab Saudi. Cantik buatannya malangnya dompet itu berkulitkan 3 titik : kulit babi.
Subhanallah : rupanya Allah mengutuskan seorang sahabat untuk aku memeriksa kembali dompet aku - dan confirmed' ianya sama : kulit bertitik 3 - kulit babi.
Allah rupanya tidak membiarkan kita terus lupa. dalam banyak perkara lupa menjadikan kita seakan terkecuali dari dosa : lupa dan makan ketika berpuasa , lupa dan tak solat serta macam macam lupa.Allah mengingatkan aku melalui seorang sahabat- Hebatnya Allah dan kusut masainya aku menguruskan kehidupan dunia.
Dan teringat doa panjang selepas solat tuh....
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami...........( Albaqarah -Q02;286

Arkk,, aku sebenarnya baru memahami bahawa Alah mengurniakan kita isteri, anak2, keluarga , kenalan dan sahabat rupanya sebagai agent peringatan ketika kita lupa....Allah menjaga kita dengan mengurniakan kita sahabat dan kenalan...Ermm lebih bertuah kita dari Nabi Adam rupanya..

Monday, August 4, 2008

Catatan Israk Mikraj 2


Cerita dan pengajaran Israk Mikraj [IM] tak akan dapat di dokumentasikan secara sempurna, ianya terlalu unik dan banyak sangat rentetan pengajaran yang boleh di ambil dan di ikuti. IM Terlalu berisiko dan bukan masa yang sesuai dipihak Nabi untuk memberikan ceramah pertama sekembalinya kebumi dan berhadapan pula dengan Abu Jahal laknatullah. Diriwayatkan daripada 300 pendengar ceramah pertama IM itu ( Para sahabat selain Abu bakar ramai tidak menghadiri ceramah pertama itu) hanya 6 orang yang membenarkan Kisah IM ini manakala selebihnya kembali kufur. Kita memikirkan Ianya bukan masa ceramah yang sesuai tetapi itulah Pengajaran dari Allah untuk menapis tahap iman manusia dizaman Nabi dan juga sepanjang zaman. Ianya kisah yang berterusan. IM melibatkan 27 kisah sahih , 11 perkara baik untuk ikutan dan 16 perkara buruk yang perlu dijadikan sempadan.Kesemua 27 Kisah ini perlu di benarkan dan di Imani dengan hati, dengan perkataan/mulut dan dengan perbuatan dan ianya adalah tuntutan sepanjang zaman dalam islam.
Para Sahabat yang 6 orang itu melaksanakan telah berjaya melaksanakan tuntutan itu. Abu Jahal dan 292 Yang kufur itu pula menyanggah dengan hati, mulut dan perbuatan.
Sebahagian kita pula lebih kearah beriman dengan hati dan mulut dan tidak dalam perbuatan. MasyaAllah. Dimanakah kita nanti? sebelah kiri atau sebelah kanan kah?
Dalam IM Nabi melihat kesebelah kiri iaini Neraka :
- 10 pemimpin, 9 darinya di Neraka
- 10 Ulamak, 9 darinya di Neraka
- 10 Perempuan, 9 darinya di Neraka
- 3 hakim, 2 darinya di Neraka
- 10 Orang kaya, 9 darinya di Neraka
- 10 Pejuang islam , 9 darinya diNeraka
- 10 pemegang amanah, 9 darinya di Neraka.

Juga Nabi melihat kesebelah kanan iaini syurga yang dipenuhi oleh:
- Golongan orang2 miskin
- Mereka mereka yang istiqomah dalam beribadah
- Orang2 yang sabar
- Orang yang tiada hutang
- Pemuda yang berperilaku seperti orang tua ( zuhud)
- Kanak2 yang dalam penantian menanti ibu dan ayah mereka. ( hanya kiasan kerana umur penghuni syurga adalah 35 bagi lelaki dan 18 bagi wanita)

Beriman dan membenarkan dengan hati mulut dan perlakuan itu adalah tuntutan Islam sekaligus menjadi teras bagi ahli sunnah Waljammah. Ianya tuntutan sepanjang zaman, selagi bernyawa!!

Tuesday, July 29, 2008

Hari Mengkoreksi Akidah - Israk dan Mikraj

Hari Ini adalah hari mengenang peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj adalah kisah perjalanan Nabi Selepas Isyak dan kembali semula selepas subuh, Satu corak hiburan Kelas pertama dari Allah khusus untuk menenangkan kesedihan Nabi dari peristiwa Kematian Abdul Mutallib dan Kewafatan Syadatina Khadijah. Pada kita pula Israk dan Mikraj sebenarnya adalah kisah akidah, dan Israk dan Mikraj perlu dilihat sebagai hari ulangtahun ummat khusus untuk mengkoreksi Akidah sekalipun akidah perlu dikoreksi setiap saat.
Lebih 1400 tahun yang lepas memang menjadi masaalah untuk mempercayai keupayaan Nabi berjalan dengan perjalanan yang jauh sehingga kelangit ke tujuh/ Sidratul Muntaha dalam masa 1 malam. Kita pun sekiranya berada dizaman nabi boleh bergoncang pendirian kita dengan berita ini dan tak pasti kearah mana kita seandainya kita hidup ketika itu, akan bersama Abu Bakar kah kita ? atau bersetuju Abu Jahal? Tetapi apa massaalah kita untuk mempercayai kisah perjalanan nabi itu sekarang?.Teknologi telah membuktikan perjalanan mencecah langit dan keangkasa lepas itu bisa dilakukan dan ini menggesahkan kebenaran perjalanan Nabi di malam Israk dan Mikraj itu.
Penumpuan kita terhadap kisah Israk dan Mikraj sebenarnya lebih mudah berbanding sekiranya kita hidup dizaman nabi. Kita tidak perlu lagi memikirkan Logickah perjalanan itu? Kita cuma perlu :

1. Mempercayai dan beriman dengan setiap pengisian sepanjang perjalanan Israk dan Mikraj itu.Israk dan Mikraj adalah satu penceritaan AKidah yang wajib dipercayai.Ianya adalah salah satu perkara Ghaib yang perlu di Imani kerana kisahnya didalam Alquran.
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. ( Al Israa' ;Q17-01)
2. Menapis segala cerita cerita palsu yang sering dikaitan dalam perjalanan Israk Mikraj ini. Berpeganglah hanya kepada kisah hadis sahih dari Bukhari dan Muslim. Kisah kisah seperti detailnya kenderaan Burak" tak memberi sebarang faedah untuk di fikirkan. Detail kenderaan tidak penting dan yang penting adalah kisah didalam perjalanan.

Ah,, Gelong rupanya akidah kita, dan dihari Mengenang Israk Mekraj ini , mari kita merenung dan Mengkoreksi akidah agar ianya selari dengan Akidah para nabi serta sahabat yang bersetuju apabila diceritakan kisah Israk Mikraj ini.
Ingatlah Terlalu celaka dan sebesar besar haram hukumnya untuk mati dalam keadaan akidah yang tak benar!!

Tuesday, July 15, 2008

Menteri Yang "berliuran"


Malam tadi menyaksikan debat di ntv9, Satu satunya ketelusan media yang selama ini di nantikan. Dapat membandingkan kewibawaan pendebat dan krediability masing masing serta tahu siapa yang bercakap seperi tong kosong. Prinsip perjuangan boleh dilihat dari debat ini dan bagi aku cukup jelas yang menyentuh isu kepayahan rakyat dan inginkan peningkatan kehidupan rakyat adalah DSAI. Perdebatan itu juga menyakinkan aku yang perjuangan kerajaan BN adalah sekadar memberi rakyat cukup makan. Tak dengar ke malam tadi Menteri berliuran tu kata "Dalam keadaan susah sekarang, rakyat masih lagi cukup makan". Ini Satu kenyataan dari seorang menteri yang membuatkan aku marah.Cukup makan itu kah objective kerajaan BN?. Ungkapan siHaprak ini sebenarnya adalah prinsip BN yang asas. Biarkan rakyat hanya cukup makan serta susah, kemudiannya mudah untuk dikerahkan menyokong BN dengan hanya sedikit subsidi dan wang kebajikan dihulur bila YB BN datang melawat kawasan.
Sejarah mengajar kita yang penjajah dahulu berprinsip biarlah anak anak orang melayu lebih pandai sedikit sahaja dari ibu bapa mereka, dan dengan cara ini penjajahan akan berterusan. Seakan senada bunyinya dengan ungkapan bapak menteri malam tadi .

Bilamana mulut senget senget berkata, berliuran dan ungkapannya menyakitkan hati keseluruhan rakyat , apa lagi yang nak diharapkan dari seorang menteri?

Jadinya dalam list blog aku, mamat Sabre Chik ni masuk kategori haprak kelas pertama

Dia orang no 2 selepas SS


Berliuran : Air liur yang meleleh ( bahasa banjar)



Tuesday, July 8, 2008

Rejab dah menjelang

Hari ini dah 6 hb Rejab. Sepatutnya kita sudah boleh merasa kehangatan menjelangnya Ramadhan. Along" orang yang cukup gembira dengan kedatangan Ramadhan setiap tahun. Bukan pasal makan , tapi sukanya dia pasal boleh berpuasa dan meramaikan tarawih. Semalam petang bila aku bagi tau lagi dua bulan nak puasa, seronoknya dia..Satu perkembangan positive dijiwa Muhammad Amien Shamil nie...
Bilanya Menjelang limpahan Rahmah di bulan Ramadhan, maka banyak pula ilmu ilmu fadhilat yang merapu akan ditaburkan sepanjang 3 bulan ini. Tersebarlah fadhilat berpuasa dari hari pertama hingga hari 29 Rejab yang kununnya dari hadis dsb. Umpama fadhilat yang tersebar melalui email, seakan berpuasa pada hari ke 13 dan 14 rejab sama dengan berpuasa selama 10000 tahun..heheheheh banyak tuh.
Percayalah tiada yang melebihi keutamaan Malam Lailatul Qadr, itu pun gandaan dengan 1000 bulan. Mana mungkin ada lagi gandaan yang sebesar dari malam lailatul Qadr.
Cumanya, Menjelang Rejab ni Bacalah doa yang Nabi ajarkan : dalam maknanya doa ini.

Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.
Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

SELAMAT Bertemu Dengan Ramadhan Al Mubarak.

Wednesday, July 2, 2008

Hadiah tak ternilai untuk Isteri..


Aku jarang sangat nak memberikan hadiah untuk isteri secara 'appropriate, secara bungkus elok elok dan make it as a surprise...cam tak masuk akal jer. Hadiah pada aku hanyalah satu pemberian istimewa dan bungkusan elok elok itu hanyalah kosmetik yang tak penting.
Membiayai keperluannya dengan menyediakan kewangan untuk dia memilih rasanya hadiah yang lebih baik sekalipun kurang romantis. Cumanya kadang kadang terasa juga ingin menjadi romantis dan kemudiaanya menghadiahkannya buku ini untuknya, pun tanpa bungkusan....
Hanya sebuah buku bukan seutas berlian. Tapi manakah yang lebih bernilai? Terpulang!! tetapi pada aku isi kandungan buku ini lebih bernilai dari mana2 hadiah yang pernah aku berikan.Buku ini wahai Isteriku akan memberi kefahaman tentang ilmu bahagia, Mengenal erti bahagia, panduan mengecapi kebahagiaan dan kekal berbahagia. Bukankah kebahagian itu idaman setiap insan?
Ingatlah, bahagia bukan kurniaan dari suami, Bahagia dari Maha pencipta.Carilah kebahagiaan dengan meletakkan keutamaan pada tempatnya. Berbahagialah sekalipun kamu hanya hidup seorang diri didunia ini.
Dan yang paling penting , Yakinlah Kebahagiaan itu sebenarnya sesuatu yang ghaib, dan tempat yang tidak terbatas bahagia hanyalah diSyurga.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai, Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya. [ALQamar ;Q54;54&55]

Tuesday, July 1, 2008

Alahai Ustazah....

Sebelum sessi makan malam tadi, Abang long (Darjah 4) kata " Bah, kalau kita boleh cium batu hajarul Aswad kan Beshh..Ustazah kata kalau orang buat maksiat dan banyak dosa dapat cium Hajarul Aswad semua dosanya diampunkan. sebab itu dulu batu tu putih sekarang dah hitam, pasal banyaknye dosa melekat disitu'".
Terpaku sejenak aku!!! anak aku ini sekolah agama ke sekolah apa? agama mazhab apa yang diajarkan? Apakah corak kefahaman tenaga pengajar sekolah JAIS nie?
Munkin pada setengah orang ini benda yang kecil, tapi rasanya tak bagi aku. Kepercayaan karut yang ditanamkan dijiwa anak yang masih kecillah lagi merbahaya.Bagaimana nanti kalau dia sudah mula beranggapan biarlah berdosa dan nanti besar bolehlah mencium hajarul Aswad, bolehlah mencari kain Kaabah dan kayu bahtera untuk tangkal etc. Pemahaman tentang konsep asas akidah kena betul dan tepat, seterusnya barulah dia akan tahu yang mana sesat dan mana yang benar. Ilmu Islam benar sahaja yang akan melegakan aku untuk membiarkan anak anak meneruskan kehidupan .
Semulia mulia nabi pun nabi tak ada hak hapuskan dosa kita dengan Allah. Nabi sekadar mengajar kaedah bagaimana nak menghapuskan dosa iaini dengan bertaubat. Adakah Hajarul Aswad tu lebih mulia dari seorang nabi ?
Belajarlah dari kisah Sayidina Umar Al Khatab yang berkata .'Wahai batu, sekiranya aku tidak melihat Rasulullah mengucup engkau nescaya aku tidak akan mengucup engkau sepertimana yang aku lakukan sekarang ini, Kau tidak lebih dari hanya seketul batu''. Umar menganggap mengucup batu itu sunnah dari segi perlakuan sahaja dan tidak lebih dari itu.Tiada sebarang mudarat dan manafaat daripada batu itu. Kuasa mutlak memberi mudarat, manafaat dan menghapuskan dosa hanyalah milik Allah.
Nantilah, Bila berkesempatan berhadapan dengan pihak PIBG akan aku selesaikan masaalah ini. Semakin mengelirukan rupanya alam sejagat kita hari ini.

Wednesday, June 25, 2008

Berkenalan dengan AlQuran



Malunya aku...Malu yang teramat bila terGoogle document nie.
Baru ingin berkenalan dengan AlQuran walhal sudah ber Dekat lamanya aku menzahirkan keIslaman aku. Belum berkenalan bagaimana boleh mendakwa mencintai Al Quran? malu dan lemahnya aku...
Dengan harapan umur yang panjang agar dapat lebih mengenali dan mencintai Alquran, aku mula membelek halaman ini dan berkongsi disini. Sekurang kurangnya aku sudah bermula dan selebihnya aku pohonkan kekuatan dari Maha Pencipta untuk istiqomah menimba ilmu.



Tuesday, June 24, 2008

DuNiA HanYa TeMPat MeNaNaM

Satu Keratan Dalam file yang aku simpan sejak lama dulu :

Dunia Hanya Tempat Menanam

Kalaulah engkau Sedar akan Mati,
Engkau akan bersedia hidup untuknya

Jika engkau tahu Negara Abadi itu,
Tidak akan ada usaha iktiar lagi
Nescaya engkau akan berusaha didunia ini
diSana kamu akan makan Hasilnya

Jika engkau sedar mati itu
Datang tiba tiba
Mungkin hidup untuk besok pun
Belum tahu lagi
Nescaya Tuhanmu itu tidak ada
Penagguhannya

Jika kamu belum tahu apakah syurga
Atau Neraka itu tempatmu
Nescaya tiada masa Untuk kamu ketawa
Nescaya kamu akan bermandi Dengan air mata

Jika kamu kenal dirimu sendiri
Tidak akan sempat kamu melihat kesalahan orang lain
Betapa pula menceritakannya
Jika kamu tahu setiap yang haram itu Neraka Padahnya
Yang halal itu akan diperiksa
Nescaya kamu akan berzuhud didunia ini
Jika kamu tahu penderitaan akhirat
Nescaya penderitaan didunia ini tidak akan menyusahkan kamu


Jika kamu tahu betapa nikmatnya syurga
Kamu tidak akan terpesona dengan nikmat dunia ini

Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah Jua lah nantinya kita akan dikembalikan...
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali[ALBaqarah - Q02 ;156 ]

Monday, June 23, 2008

Menjenakakan Kematian


Menjenakakan kematian bukan mengingati mati. Ianya 2 perkara yang berbeza. Menjenakakan kematian dan siksa kubur bisa menggugat akidah manakala mengingati mati secara positif bisa menigkatkan keimanan.
Di zaman Global dan kemajuan , Kubur dan kematian bukan lagi menjadi tempat untuk direnungkan. Boleh berjenaka seenak enaknya dan dijadikan bahan ketawa /hiburan .Siksa Kubur boleh dijadikan nama band metal dan munkin nanti dilagukan agar kita tak merasa ngeri lagi dengan kematian dan siksa kubur.
Ketika Syurga dan BidadariNya sudah tidak menggiurkan , Ketika Neraka dan ApiNya sudah tidak Lagi menakutkan , semuanya boleh dilakukan dan dijadikan bahan ketawa/hiburan .Mukmin seharusnya boleh berfikir kearah manakah dan apakah matlamat kehidupan.
Asalnya mengingati kematian adalah Sunat kerana ianya boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Di samping itu, sunat mengingati mati secara positif bagi mengukuhkan lagi persiapan menemui Allah SWT. Menjenakakan serta meMetalkan kematian dan siksa kubur adalah mengingati mati secara yang negatif. Terlalu merbahaya kerana detik kematian adalah jalan sehala dan tiada jalan untuk pulang lagi.
Apapun, ingatlah Firman Allah,
" Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam[AlImran Q03;102]
Hadis dari Rasulullah s.a.w.
"Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".
Selebihnya befikirlah secara Muslim dalam mencari hiburan.....

Sunday, June 22, 2008

Sukarnya memfocus

Sukarnya Untuk Memberikan focus serta tumpuan padu dalam hidup ini. Nak focus kat mana pun kesudahannya jadi blur.
No 1 nak focus kat mana? kehidupan, kemewahan,kesulitan, anak isteri??? etc?? Kesudahanya Mukmin kena focus Kepada pencipta. Allah Matlamat Kami.
No 2 Orang mukmin kena takut dah harap, takut tidak terfocus serta hilang arah Tetapi tetap berharap Allah berikan kekuatan memfocus dan tidak sesat..
[AlMuzzammil ;Q73;8]
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. [AlMuzzammil Q73: 7-8]

Wednesday, June 18, 2008

Senandung untuk Isteri ku

Yang ini bukan Nasyid, Tapi ada kesan dalam hati. Jangan nak berlagu lagu ni kalau belum sembahyang isyak dan terus tidor. .. real nanti nak jawab macammana?
Ni senandung untuk Isteri aku, tapi dia buat macam tak kisah jer..heheheh.Kebanyakan Lelaki /suami memang macam tu dan tak kisah, kalau kami mati dulu kamu nikahlah lain wahai Sang isteri. . Kamu perlukan penghidupan dan masih ingin bahgia ..sila lah , nikahlah dan jagalah suami baru mu serta anak anak nanti sebaik baik kamu menjaga aku..Kami dah tak kisah. kami nanti akan sibuk dialam lain
Tapi kebanyakan perempuan lain pulak, tanyalah keliling. Biasanya dr staf staf aku, selalu depa kata takkan bagi suami kawin lain lepas dia mati, yang satu tu siap kata dia rela jadi pontianak dan kacau suami kalau suami dia kawin lain....hahahahah:
Anyhow : dengar , faham dan mengerti...

Tuesday, June 17, 2008

Kisah tempurung Jantan






Hebatnya Hamba Allah ni. Hebat ilmunya, hebat perwatakannya hebat penyampaiannya dan hebat kiasannya. Tahukah apa makna tempurung jantan? paling teruk pun kita kata katak bawah tempurung dan tak pulak peduli tempurung jantan ke tempurung betina.
Maksudnyer kalau dok bawah tempurung betina ( tempurung yang berlubang masih boleh bernafas n mengintai keluar dan taklah sempit. Tetapi berlainan kalau dibawah tempurung jantan - Gelap segelap gelapnya.
Sinis betul bunyinya bila beliau berkata "Sempit sungguh fikiran Umno. Seperti tempurung jantan," Semakin hari semakin aku mengagumi Hamba Allah seorang ini.

Dimana Dato Mufti Kami,

Tahniah pemuda PAs selangor, anda ada hak anda untuk memprotes. Pun begitu pandangan orang lain yang membina dan tak menunjukkan anti Islam pun perlu jugak di teliti. Lainlah jika ada yang menyanggah seperti anjing menggelupur dan tidak membina.
Aku sebenarnya dalam hal ini amat merindukan kata putus dan pandangan Mufti Negeri Selangor. Maaf, sekiranya aku terlepas membaca sebarang pandangannya ( jika ada) berkaitan hal ini, tapi aku amat inginkan Pandangan kemas seperti Mufti Perlis dalam menangani atis sure heboh diPerlis satu ketika dahulu.
Dimana kah Mufti Negeri kelahiran kami ini ? manakah pandangannya? Kami mahukan Mufti kami lebih popular dari Mas idayu dan Ella ratu rock. Kami mahukan Mufti yang boleh bercakap dalam hal hal semasa. Pemuda Pas boleh berdemo dan penyokong artis juga boleh berdemo dihari tersebut kerana masing masing ada hak menyuarakan hak mereka. tetapi sekiranya Mufti yang memberikan pandangan alangkah manisnya.
Dari sirah, Nabi pun pernah bercita cita dan memulakan langkah untuk menyaksikan konsert ( atau semacam pesta funfair dizamannya ). Tetapi petunjuk Allah menghalangnya sehingga dia tertidur dalam perjalanan menuju ke Pesta tersebut. Kita bukan nabi dan Mas Idayu atau Ella bisa menjadikan kupiah kita dan kopiah pemuda pas senget- senget nanti.
Tok Mufti,
Bantu pandulah kami, Berilah pandangan dan tenangkanlah rakyat jelata dengan garis panduan berdasarkan syarak.

Aku mahu menjadi orang yang sibuk

Adakah anda sibuk hari ini? Sibuk itu sebenarnya kerja ahli Syurga.
Dengan itu aku ingin mengawal diri untuk tidak sibuk berada didunia dan hanya ingin berasa sibuk kelak..... sibuk dengan kesenangan.
YA Rabb ,
Aku wasiatkan diri ku untuk menyibukkan diri dengan sesuatu yang berguna dari apa yang tidak berguna, karena Rasulullah saw bersabda:
((مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمْ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ)).“Diantara ciri baiknya Islam seseorang adalah Ia meninggalkan sesuatu yang tidak menjadi urusannya”. Diriwayatkan oleh At Tirmizi (no 2317)

Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; [Yassin - Q36 ;55]

Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja ['Abasa ;Q80;37]

Sunday, June 15, 2008

Aku ingin menghidu harumnya bau syurga..



Setiap yang indah mesti ada bau, didalam dunia pun macam tuh. Bau kereta baru ,bau Duit Baru, bau Perfume, bau harum tubuh seorang isteri & bayi etc...MasyaAllah hebatnyer!!!.Dan yang terhebat semestinya bau syurga.Hebat dan boleh terhidu dari jarak yang jauh. Bau Syurga diriwayatkan boleh dihidu sehingga :
- 40 tahun Perjalanan : Hadis dari riwayat Imam Al Bukhari
- 70 tahun Perjalanan : Hadis dari Abu Daud
- 500 tahun Perjalanan : Hadis dr Ibnu Majjah
- 1000 tahun perjalanan : Hadis dr Imam Al-Tabrani

Mana ada bau yang semerbak bau syurga dan boleh pulak dihidu sejauh jarak diatas. Lupakan perbezaan tahun perjalanan itu kerana ianya subjective dan nanti bergantung kepada darjat dan kedudukan masing masing. Cuma petaka yang amat besar sekiranya bau syurga yang sejauh itu tidak dapat di nikmati kelak. Percayalah, bila kita mengasehi sesuatu, kita kan dapat menghidu dan akan dapat merasa kehadirannya walaupun dari sesuatu jarak, seperti kisah dalam surah Yusuf :
"Dan semasa kafilah (mereka meninggalkan Mesir menuju ke tempat bapa mereka di Palestin), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya yang ada di sisinya): Sesungguhnya aku ada terbau akan bau Yusuf. Jika kamu tidak menyangka aku sudah nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)". Yusuf : Q12;94 )

Mari kita sama sama berazam dan bercita cita kearah mencari haruman syurga dengan menghindari 14 AMALAN PENYEBAB TIDAK DAPAT MENCIUM BAU SYURGA : (DariHimpunan Dari Hadis2 Shahih )
1.0. Anak derhaka Kepada Ibu- Bapa
- Derhaka : Melakukan keburukan kepada Ibu bapa & tidak menunaikan hak haknya
2.0. Mengaku bapa kepada Bukan Bapa
- Menukar Nama bapa bagi anak angkat & mengaku orang lain sebagai bapa
3.0. Memutuskan Hubungan keluarga
-Tidak mengakui keluarga, tidak berhubung (ziarah),Tidak bertegur,Tidak saling membantu, Berselisih /memusuhi dan tidak ujud menyuruh kebaikan-mencegah kemungkaran dan tidak saling menasihat.
4.0. Meminta cerai dari Suami
- Tanpa sebab yang dibenar oleh syarak : Berkaitan Fasakh
5.0. Wanita keluar rumah Secara Bersolek
- Tabarruj ` ; Berpakaian tapi telanjang (Nipis & Ketat),Berlenggang lenggok dan Tidak menutup kepala (Aurat)
6.0. Orang Tua yang Berzina
7.0. Lelaki memakai Pakaian Labuh dan Bermegah
- Sombong, Megah dan menunjuk-ninjuk
8.0. Belajar agama Untuk kepentingan Dunia
9.0. Peminum Arak
10.0. Orang yang bersikap Sombong
Hadis Riwayat Muslim/ Abu Daud ; Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan (merendahkan) Orang lain
11.0. Orang yang mengungkit-ungkit Amalan
- mengungkit Amalan kebaikan, Budi baik dan pemberian serta sombong dengan amalannya.
12.0. Membunuh Kafir Muaahid- D`Zimmi
-Membunuh Kafir yang taat dan terikat dengan perjanjian dan juga membayar Jizyah.
13.0. Pemimpin Yang tidak Menasihati Rakyat kearah
· Mencegah Mungkar dan melaksanakan Hukum Allah
· Menyuruh kearah kebaikan
14.0. Pemimpin / Kumpulan Yang Zalim
- Ciri Zalim :
· Tidak menghukum dengan Hukum Allah
· Berbuat Fasik
· Menganiaya Manusia dan melampaui hak haknya
Ya Tuan empunya Syurga.
Hindarilah Aku dan keluarga dari 14 Perkara diatas dan tunaikanlah hajat kami kelak untuk menikmati harumya syurgaMu. Amien..

Thursday, June 12, 2008

Hari bapa : Hari untuk Aku


Nanti petang n esok for sure anak anak akan katakan "Selamat Hari Babah" untuk aku. 3 Putra , 2 putri dah melayakkan aku jadi VVIP hari bapa nie. Cumanya terkenang jugak Allahyarham ayahanda yang sejak 7/7/77 lagi sudah tiada. Masa tu mana de hari Bapa lagi dan jadinya aku tak pernah sambut hari bapa dengan Ayah.
Hari Ibu dan hari Bapa adalah sepanjang tahun : tu prinsipnyer. Cuma nak rayakan hari bapa hari nie ok jer., benda baik Buatlah dengan niat yang baik.
Hari Bapa nie sebenarnya hari untuk bapa bapa berfikir kelayakan masing masing daan klasifikasi diri masing masing. Aku ni bapa kah? ayah Kah? babah Kah dady kah? Sama kah aku macam Bapa ayam?. Nak jadi bapak tu senang dan yang payahnya nak jadi seorang Ayah yang penuh tanggung jawap.
Belajarlah menjadi seorang ayah dengan mencari bakal ibu yang baik untuk anak, memberi nama yang baik kepada anak dan didikan jiwa Islam. Ambillah banyak pengajaran dari Kisah Saidina Umar al-Khatab ntuk menjadi seorang ayah yang hebat.
Isteri dan Anak anak ku
Aku didunia akan sedaya upaya sabar menangani kalian kerana sabar itu nanti sudah tak perlu didalam syurga...
Aku nanti ingin memegang tangan kalian menyeberangi titian sirat serta berkongsi 2 syurga bersama sama kalian..

Lamanya Aku Lupa


Lamanya rupanya aku lupa, sibuk dengan dunia dan krisis kenaikan minyak. Lupa lupa berfikir dan menulis tentang syukur.

Lemahnya aku,
Hari ni hari jumaat, Penghulu segala hari : Ada demo kat kg BAru..selamat berdemo kawan kawan, aku ada tugas yang mengecualikan aku dari berdemo hari ini. Bagus jugak demo itu kalau niatnye betul. Ulamak , ustaz2 dan politikus2 disamping ajak orang berdemo, betulkanlah jugak niat kita.Bahya sangat kalau niat tak betul.

Rukun Semua ibadah yang utama adalah niat dan ianya patut menjadi rukun kehidupan jugak. Semuanya kena kearah LillahiTaala
Harap aku macam tuh, walau marah , walau protes semuanya kearah LillahiTaala. Dan ingatkan aku supaya tetap beryukur.
Penghuni Neraka sahaja yang tak sempat bersyukur.

Menteri yang tak faham scope of work

Shahrir (SS) rupanya dah membuat penafian awal awal lagi. Penafian orang UMNObiasanya macam nie lah, masih tak jelas dan tak seratus peratus menutup ruang fitnah. Kenapa pulak tak bagi tau nama isteri saya sekian sekian , ayah dia sekian sekian dan bukan Raja Gula.Bawak sekali isteri tu.
Bukan apa, menarik rasanya nak mengetahui manusia ajaib ini, yang tiba tiba jer sekan bertukar arah dan menyusahkan rakyat.Saya melihat SS ini sebelum memegang Jawatan Menteri Hal ehwal pegguna adalah salah satu tokoh hebat yang masih ada dalam UMNO. sangkaan yang meleset. manusia mudah sangat berubah dan jawatan rupanya boleh menjadikan kita kelihatan lebih bodoh dan lebih zalim dari yang sebenarnya.
Bulan pertamanya,banyak dia bercakap masaalah pengguna dan kelihatan agak menarik, namun lama kelamaan SS bukan lagi rupanya menteri yang melindungi pengguna, Lebih kepada "Menteri menyakitkan hati pengguna ". Kalau benar dia melindungi pengguna, Dialah orang no 1 yang sepatutnya menentang kenaikan minyak ( dibawah kuasa menteri kewangan ) SS tidak sepatutnya bercakap perihal kenaikan harga minyak ini. Dia sepatutnya membantah idea kenaikan minyak ini dan sedia meletakkan jawatan dengan alasan dia tak akan dapat menjaga kebajikan pengguna lagi selepas hargaminyak naik.
Malam itu dia bersemuka lagi dengan media dan Salahuddin Ayub atas tajuk yang sepatutnya bukan kerja menteri pengguna sebaliknya adalah tugas Menteri Kewangan. Kenapa pulak beiya iya si SS ni menjadi barua dan jurucakap Menteri kewangan. Pergila lihat balik tajuk tuh, serius tak patut langsung SS membicarakannya. Dia menteri Hal ehwal Pengguna
Para menteri,
Tolonglah bertugas mengikut scope yang di amanahkan, bukan meraban.Belajarlah menjadi pandai dan kelihatan pandai.
Jadinya dalam list blog aku, mamat SS ni masuk kategori haprak kelas pertama :

Tuesday, June 10, 2008

Selamat hari Ayah, Kesian Ayah.... hidup dah semakin payah







Selamat hari bapa , hari Ayah. Bulan lepas baru sahaja menyambut hari ibu. Ayah dan ibu masih boleh senyum lagi dan sempat lagi kami makan diluar. seronoknya..
Tapi menjelang hari Bapa nie Ayah macam murung jer, sejak pagi 4 hb June dah macam tuh, nak manja lebih pun jadi takut. bermula sejak malam 4hb tu selepas Solat Isyak Ayah tergesa gesa keluar, Bawak pula kereta buruknya honda 2.2 liter second hand tuh. heeheheh Ayah selalu kata dulu kereta tu Mentadarah..apa bendanya tu tak pulak dia explain. Balik lewat jugak rasanya dia malam tuh, dekat2 jam 12 malam, dah tu siap membebel bebel lagi... kesian Ayah.
Kami memang sayang ayah, kami dekat dengan kedua Ayah dan Ibu, semua masaalah Ayah dan Ibu kami boleh tahu, kami transparent ( ni bahasa kami belajar sejak PKR memerintah selangor). Pagi esoknya Ibu cerita semua, kebetulan pulak ayah keluar awal seawal jam 6 yang menurut ibu, Ayah baru nak mencuba Naik Bas pulak ketempat kerja. Kesiannya Ayah .... Rupanya menurut ibu lagi kami semua sekarang kena ikat perut kalau kesiankan ayah, Malam tadi ayah nak isi minyak dan tersangkut didalam 3 jam jem di petrol station, tapi bila sampai turn ayah, minyak kebetulan habis, nasib baik kereta ayah tak habis minyak malam tu....Kesiannya Ayah....

Petang itu pulak tak macam biasa, Ayah tak pulang pulang. selalunya dia boleh sampai rumah sekita jam 6 yang katanya cuma 15 -30 minit je dari tempat kerja. Tapi hari tu Ayah pulang jam 815 malam dan terus tergesa gesa memunaikan Maghrib, sempat juga kami mendengar Ayah kata bas takde, Bas slow, bas penuh macam macam berkaitan bas..Ayah kami dah tukar kerja bawak Bas ke??? Tak pernah kami lihat Ayah solat di akhir waktu seperti malam tu. Kami semakin tidak faham, yang kami tahu tahap kesian kami pada ayah semakin maksimum.

Kami tak berapa faham pasal kenaikan minyak ni, cuma selepas kenaikan harga minyak malam itu kami makin sayang ayah kami.. walaupun ayah kami kelihatan semakin lelah, semakin tiada masa dengan kami. tapi kami tahu ayah tetap sayang kami semua.

Ayah...

Selamat Hari Ayah,
Kami kesiankan Ayah, takde makan kat luar pun sempena hari ayah ini ok jer, Kami tak kisah janji kami masih ada ayah yang tak sedeh dan tak bingung

Ayah,
Kalau kenaikan harga minyak membuatkan ayah bertambah payah, kami doakan harga minyak akan turun.
Kami jugak nak doakan mereka yang menyebabkan ayah kami berasa payah itu nanti akan lebih merasa payah dari semua orang dipadang mahsyar kelak..

Ops..kami ada hadiah untuk ayah ;;;bukan 1, 3 lagi tu : supaya ayah rasa gembira

tu ..kat bawah....




Itu apa yang aku tulis kalau aku budak budak lagie...
Rasanya budak budak pun faham kesusahan orang, tak macam haprak menteri yang bermesyuarat hanya 4 jam dalam menentukan kenaikan 41% tuh.
Dibawah ni untuk sedikit reda kemarahan bapa bapa..

Monday, June 9, 2008

Deal with it



Potong 10 % tetapi rakyat mengalami kenaikan 41%. apa jenis auta nie?
Kalau potong gaji 10 % tu betulla... tapi ini elaun jer. itu pun elaun keraian jer, elaun lain macam mana?
10% keraian pun dah pun RM 2Billion? Betul ke lapuran paper nie?
maknanyer elaun dan gaji depa kalau potong sampai 41% tak perlu langsung naikkan harga minyak.
Yang berpatutan minimum gaji kena potong 10% dan elaun kena potong 30% . selain pada tu semuanya menipu jer la.

Sunday, June 8, 2008

Mampu kah kita memboikot Petronas??

Minyak naik harga dan kemarahan rakyat membakar, Tiada ruang di arena cyber ini yang tidak menunjukkan kemarahan.Berbilangan gelaran baru untuk Pak Lah dan Shahrir timbul.
Semua seakan tidak sabar menunggu 12 Julai untuk melemparkan kemarahan yang makin hari disemarakkan lagi oleh kenyataan menteri menteri yang tak mengerti apa apa ini.
RM625 rebate dan beraneka tawaran lagi takkan dapat meredakan kemarahan, ramai tahu yang apa pun package mewah yang bakal dijanjikan selepas ini hanyalah gula gula basi..
Saya mencadangkan dengan kawan kawan untuk memboikot semua Stesyen Minyak Petronas bekuatkuasa serta merta.Boikot amat jarang berkesan dalam suasana diMalaysia, bermacam2 boikot dicadangkan dan seolah-olah kesemuanya tidak memberi impact yang besar dan boikot terus padam dan sejuk selepas beberapa minggu:
Boikot Steysen Minyak Petronas? kenapa perlu?
  • Dalam tempoh kes penarikan penjualan minyak kepada warga asing sekitar 50KM dari sempadan, antaranya saya melihat berkesannya rayuan pengusaha minyak kepada kerajaan. Dengan memboikot Steyen Petronas, saya yakin persatuan pengusaha minyak Petronas akan mula bersuara dan suara ini lebih bergema berbanding dengan 100 orang pengguna.
  • Saya percaya sekiranya penjualan Minyak oleh Petronas merudum katakna sebnayk 70% disemua Steyennya pengusaha pengusaha ini akan mula bersuara dan akan menjadi agen pendesak yang kuat untuk pihak kerajaan

Kenapa pulak Petronas??
. Kita mahukan Petronas berkongsi keuntungan dengan membiayai apa pun kenaikan selepas ini. Lupakan Hasrat untuk sebarang kenaikan sehingga RM4.00 /liter. Sekiranya Petronas sudah menunaikan tanggungjawab ini, adakah jumlahnya mencukupi? penambahan diperlukan sekalipun melibatkan 70% keuntungan Petronas. Lupakan sebarang hasrat unutk sebarang kenaikan sehingga RM4.00/liter
.Boikot ini juga perlu dilihat sebagai strategi rakyat untuk mengambil berat hal ehwal kewangan Petronas. Exclusive power dalam menggunakan wang Petronas oleh Menteri Kewangan & Perdana Menteri Perlu disekat.Untung yang berganda tanpa digunakan untuk kemudahan rakyat akan menjadi persoalan kelak keana habisnya?
Untuk Itu :

Pemimpin PKR : analisis la saranan ini sebaik baiknya

Pengguna : Dengar cerita Bhp Petrol tu bagus dan menjimatkan, berteknologi kan German : mari cuba. Nak cuba Shell dah lama berenti disebabkan saranan persatuan pengguna Islam.


Thursday, June 5, 2008

Penguasa agama yang tidor, sakit perut dan tak habis2 meeting...





Penguasa agama tu siapa? sapa sapa lah pegawai yang tanggungjawapnya berkaitan dengan Jabatan agama/ Mufti , mahkamah syariah, Jakim etc etc...Yang sepatutnya mencari penyelesaian terbaik bagi umat Bukan meloyakan umat



Bial kes murtad melambak, bila perebutan mayat berlaku, bila pengagihan zakat di petikaikan, bila masaalah umah makin parah makin sibuk Penguasa ini dengan meeting yang tak habis habis., sibuk lagi tidor dan banyak masa lagi nak melayan perut sakit.



Woi pergi balik bekerja dan selesaikanlah masaalah umat dulu...



Manakah yang lebih utama dari menghadiri meeting ( yang membincangkan entah apa) dengan menyelesaikan kes poligami ini? Manakah yang orang bukan islam akan tengok, meeting kamu kah atau penyelesaian kes ini? Penguasa agama pun tak faham fiqh alawaliat rupanya.Kes ini kena letak sebagai No 1, semua orang perhatikan dan disinilah peluang nak memuliakan kembali Poligami dimata umum.



Poligami menjadi buruk dipandangan masyarakat disebabkan penguasa2 agama inilah rupanya,



Kalau sapa sapa boleh beri pesanan ni pada abang kita Mohamed Nor Awang, 57 dari ganu tuh, bagitau jer..pergi je nikah siam

lepas tu balik malaysia dan jangan bayar saman.

Cabar Penguasa agama ni,, relakan diri di penjara : Kamu sejuta kali lebih mulia dari mereka yang diluar penjara.


Apa sangatlah penguasa nak memikirkan kemampuannye sedangkan dia dah ada rekod mampu dengan 3 isteri.


Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. "
(Surah an-Nur : 32)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah"
(Riwayat Ibnu Abbas)




Rasanye lepas ni kita kena perangi Penguasa agama yang kerjanye tidur, meeting dan yang asik sakit perut nie. Banyak sangat kes yang memalukan Islam yang tiada penyelesaian.



  • Kes Abunya , Arqam, Rufaqa : apa cerita?


  • Kes PAyah Pin ( semua pakat tolak tolak dan kesudahannye tiada, nasib baik jugak Payah Pin pin tu hilang: kalau dia hidup ada lagi lagi merapu la pihak agama menanganinya


  • Kes haji Kahar : Apa jadi dengan nabi kelakar nie? tergantung juga

Kalau penguasa sekadar nak bagitau setengah2 puak dan individu itu sesat tanpa tindakan apa baiklah kamu semua letak jawatan : kerja nak tau sesat ke tak ni guru 2 dan penceramah ni pun boleh dah bagitau, Kita pun ada Macam2 Kitab bab Aqidah Ahli sunnah waljamaah ni nak buat rujukan




Yang umat nak sekarang ni apa penguasa Agama Buat? Apa tindakan




Takpe la, teruslah kamu tidor dan jawablah nanti dengan jawapan bernas dihadapan Allah.